Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi

persona-SV.jpg

Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui baru-baru ini PROTON Edar telah melancarkan varian terbaru Proton Persona iaitu Proton Persona SV selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.. SV membawa maksud “Super Value” yang membawakan kereta mampu milik kepada rakyat malaysia.

Proton Persona SV datang dengan dua beg udara, tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar, ABS dan EBD. Rim 15 inci beserta tayar 195/60. Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah mamual.

Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan. Enjin ini dapat menghasilakn kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm.

Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. Proton Persona SV didatangkan dengan warna Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green atau Atlantic Blue(Biru Suprima).

Harga Proton Persona SV lima kelajuan manual (RM44,938 solid, RM45,388 metallic) dan Proton Persona SV empat kelajuan auto (RM47,938 solid, RM48,388 metallic). Harga adalah atas jalan beserta insurance untuk semenanjung malaysia. Ia didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty.

Proton juga turut menyediakan pakej menarik. Hanya dengan RM388/bulan anda sudah mampu memiliki Proton Persona SV.

Berikut adalah Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi Penuh.

Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi

Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi. Gambar Kereta Persona SV 1.6, Cara Memohon pinjaman kereta Proton Persona SV, Beza Persona SV dengan Persona Biasa

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge