Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000

Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000. Assaari Hussin, 62, dari Kampung Tok Pulut, di sini, menghias motosikal Honda C70 yang dibelinya dengan harga RM500.

Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000 | Harga barang antik boleh mencecah sehingga puluh puluh ribu seperti Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000. Siapa sangka motor yang begitu buruk dan lama boleh mendapat perhatian ramai kerana Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000. Jom baca berita lanjut :

Harga Motor Kapcai Mencecah RM13,000

KUALA KURAU – Minat mendalam menghias motosikal klasik mendorong pesara kerajaan, Assaari Hussin, 62, dari Kampung Tok Pulut, di sini, menghias motosikal Honda C70 yang dibelinya dengan harga RM500.

Assaari berkata, motosikal yang lebih dikenali kapcai dalam kalangan penduduk dibelinya dalam keadaan usang sebelum dibaik pulih dan dihiasnya setiap kali mempunyai wang lebih.

“Bermula dengan mengecat, penambahan aksesori luaran selain meningkatkan keupayaan enjin motosikal, kini motosikal saya  lebih elegan sekali gus mampu menarik minat orang ramai untuk melihatnya.

“Sehingga kini, saya didatangi lebih 30 peminat motosikal antik dan ditawarkan dengan nilai harga setinggi RM13,000 semata-mata untuk memiliki motosikal ini. Namun, setakat ini saya terpaksa menolak
kesemua tawaran itu kerana terlalu sayang dengan motosikal tersebut,” katanya.

Menurutnya, dia mula membaik pulih dan menghias motosikal kapcainya sejak 2001 dan menghabiskan RM8,000 untuk tujuan berkenaan.

“Walaupun minat saya kurang disenangi ahli keluarga, namun saya berasa puas setiap kali dapat menunggang motosikal ini. Apabila saya menunggangnya, saya pasti akan menjadi tumpuan ramai.

“Selain itu, ramai penduduk terutama  golongan remaja berebut-rebut untuk mengambil gambar di samping motosikal ini untuk dijadikan kenang-kenangan,” katanya.

Assaari berkata, dia juga melalui pengalaman melucukan apabila motosikalnya dikerumuni sekumpulan penunggang motosikal remaja semasa diletakkan di hadapan sebuah kedai runcit di
kampungnya.

“Pada mulanya, kumpulan remaja itu menyangka motosikal  tersebut kepunyaan orang muda, namun mereka terkejut melihat saya menaiki motosikal itu dan sejak itu saya dipanggil Saari Cantik kerana mempunyai motosikal klasik,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments