Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi!

duit-10-sen.jpg

Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah hanya kerana sedekah 10 Sen.

“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak” jawabnya.

“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.

“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.

Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.

Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.

Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu

“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?

Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)

Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;

5 kebaikan di dunia

  1. Menyucikan harta
  2. Menyucikan badan
  3. Menolak bala dan penyakit
  4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
  5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :

  1. DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  2. Ringan hisabnya
  3. Berat timbangannya (amalan) diakhirat
  4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
  5. Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :

“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.

Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

sumber: iluvislam.com

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

17 thoughts on “Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi!”

  1. alhamdulillah..tak rugi mana kalau kita nak sedekah kan…lihatlah hasilnya..janji kita ikhlas dalam melakukannya..
    Kisah Si Dairy recently posted…CONTEST RAYA : Semasa Hari Raya saya buat….My Profile

  2. sedekah tak pernah buat sesiapapun bankrup..
    lekatlekitgurl recently posted…RAMBUT PANJANG DALAM FROZEN FOODMy Profile

  3. hafiz says:

    memang sedekah meluaskan rezeki kita…
    hafiz recently posted…Komisyen ke 3 JobdirumahMy Profile

  4. nego says:

    alhamdulillah
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  5. shafwan says:

    Alhamdulillah..rezeki Allah tanpa batasan
    shafwan recently posted…Disebalik Filem The New VillageMy Profile

  6. budak92 says:

    Penah jadi macam ni… sesungguhnya Allah Maha Adil

  7. Hani NJ says:

    Alhamdulillah…semoga aku tidak lokek bersedekah..amin.
    Hani NJ recently posted…Jom Melancong !My Profile

  8. RoyAniz says:

    Bukan semua yg kite cari ([email protected]) tu utk diri kite sendiri.Ade masa2nye Allah SWT dh tentukn ape yg kite perolehi tu akn jadi [email protected] org ln so klu kite xkasi,xnk lepaskn gk…sama la kite ni mcm [email protected] hak org ln, haaa…jgn sampai Allah tarik cmtu je! stkt tarik [email protected] xpe la lg,klu di tariknye nyawa kite…

  9. World WarZ says:

    Dia dapat lauk free bukan kerana sedekah sebanyak 10sen yang tiada nilai zaman sekarang nie, tapi tokey kedai ada udang disebalik batu.
    Kalau aku lah., aku malu kalau ada orang tahu kalau aku bersedekah RM5 apa lagi kalau setakat 10sen.. apa lah nilai 10sen zaman sekarang nie.
    Jangan sape sape kata dari RM 10sen permulaan untuk melengkapi jumlah RM 10 juta hahaha..

    Malu lah sedekah 10sen.. malu malu hahaha

    1. KuKu says:

      kau islam?

      1. World WarZ says:

        Aku pun nak tanye soalan yang sama ..
        ko islam?

    2. orang kita says:

      asal nak malu pulak sedekah 10 sen?

    3. akal dan fikiran says:

      kalau orang kaya perangai memang macam ni haha tapi jika seseorang itu mempunyai akal fikiran yang waras setakat sedekah 10 sen itu bukanlah perkara yang memalukan pun tapi hanya untuk orang yang berfikiran je lah ..lagi pn kita tdk boleh menilai seseorang itu stakat dari luaran tapi tdk blh memandai mandai nak tuduh orang bukan2 dan seperkara lagi, awak perlu di sekolah kan semula sebab tdk tau membezakan perkara yang memalukan dan perkara yang tidak memalukan hahah. berapa kecil pn jumlah sedekah itu yang penting keikhlasan untuk bersedekah tu yang penting. kalau sedekah sampai satu juta sekali pn tapi hati tk ikhlas bwt apa hehe itu baru memalukan .memalukan diri kita kepada allah s.w.t

  10. karim.my says:

    jika sedekah kita ikhlas pasti Allah membalas tanpa disangka-sangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge