Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!

hantu-raya.jpg

Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya! | Pasti ramai diantara kita yang selalu dengar tentang Hantu Raya bukan? hantu raya sering dikaitkan dengan orang dulu-dulu dimana hantu raya di bela untuk tujuan pertanian dan membantu tuan nya dalam apa jua masalah.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. 

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan

Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, antaranya:

Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!

  1. Takut bertentang mata apabila bercakap
  2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
  3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
  4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
  5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
  6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
  7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
  8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
  9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.

Wallahualam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Hantu Raya Dan 9 Tanda Orang Yang Membelanya!”

  1. Bela saka ni yang best hanya sekejab tapi azab nak tanggung tu sampai mati. Orang dulu2 memang kebanyakkan ada saka sebab dorang kebanyakkan masih jahil tentang Islam. Diwarisi hingga ke anak cucu.. Saka ni boleh di buang. Kadang2 kita tak sedar kita dah warisi saka dengan mewarisi harta benda pemilik saka.. tak kira barang kemas atau barang pelik2 macam keris ke parang ke hapa ke.
    lekatlekitgurl recently posted…TUDUHAN ROGOL ANAK TIRI BEKAS ANGGOTA RUFFEDGE FITNAH SEMATA??My Profile

  2. fuh..ada tak org muda zmn sekarang yg menbela hantu raya ni
    blogger lelaki recently posted…Rahsia Batu Karbala SyiahMy Profile

  3. lahabau says:

    yg no. 9 tuh kene kat aku…..wakakakaka

  4. cik Ain says:

    hanya sekadar padangan sahaja… tidak semestinya betul…
    hahaha

  5. vcore says:

    biar betul!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge