Haiwan Pelik Ditemui Di Marang

haiwan-pelik-marang.jpg

Haiwan Pelik Ditemui Di Marang | MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus. Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Haiwan Pelik Ditemui Di Marang”

  1. malbath says:

    Allah maha berkuasa menciptakan sesuatu ..

  2. Adam Punggur says:

    benar kalau di Johor ianya di namakan Jabot…di kpg zaman kanak2 dulu sy kerap menjumpainya terutama waktu
    hujan lebat dan berlaku banjir..utk makluman sepitnya boleh di makan. rasanya seperti isi ketam

  3. ZULKIFLEE SEBLI says:

    Haiwan ni merupakan spesies ketam. Di Sarawak banyak terdapat di kawasan tanah pamah. Dipanggil NGOANG dalam dialek Melayu Sarawak

  4. nasa says:

    benar eya memang wujud…
    time dikg waktu kecil.. saya dan abg saya kerap menjumpainya….
    saya mc ingat lg time kami jumpah kami siap bawah jumpah nenek kami.. “nenek kami kata x le makan beracun” so kami pun buang mcm to…sampai d makan semut merah…
    mcm yg adam punggur katakan…
    kami selalu menjumpainya waktu hujan…
    binatang ni tinggal dlm tanah/lumpur…..

  5. aniza aini says:

    Hmm dulu byk kat kawasan umah saya ni….tp dh pupus kot…smenjak dh byak naik stingan warga asing kat sni

  6. amir says:

    sy ade jugak jmpe di kuala paka terengganu..sy tnye org2 situ..org pggil udang lipan…

  7. Hasmadi Wahab. says:

    Kat Sarawak banyak bende ni. Apa pasal plak kat sana tak pernah jumpa.. hahaha~

  8. lizawati says:

    amir >>>>>>>>>> halo brooo..tu bukan udang lipan..agak2 la nak komen pun kalau x reti…

    cuba google skit “Udang lipan” tu mcm mana rupa…sama takk..?? adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  9. lizawati says:

    hasmadi>>> betul2…masa kecik2 dulu salu jumpa natang nih…time banjir kompem byk kuar…

  10. abu says:

    ni ngoang lah…dkt sarawak dipanggil “ngoang”……
    abu recently posted…Ibu, Kenapa Benda Itu Memotong Tangan Adik? Ibu Tolong Adik Bu..My Profile

  11. Anonymous? says:

    Half scorpion half spider?

    1. kucinghitam says:

      main half2 lak dia hahah
      kucinghitam recently posted…GAMBAR PUTERA PRINCE WILLIAM DAN KATE MIDDLETONMy Profile

  12. hafiz jamaludin says:

    ni udang kertang..hanye tngan die je blh mkn..sbb kat tngan die je ad isi

  13. negomurah says:

    kesian aku x pnh jumpa langsung….thank for da info
    negomurah recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  14. kucinghitam says:

    ada ka patut ckp udg lipan haha
    kucinghitam recently posted…GAMBAR PUTERA PRINCE WILLIAM DAN KATE MIDDLETONMy Profile

  15. HeartBonecca says:

    Kali pertama ku lihat binatang ini . Ishhh-ii , -_-” . Memang pelik bagi yg kali pertama lihat .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge