Hadiah Terbaik Si Suami Untuk Si Isteri Yang Tercinta

stock-footage-man-offering-a-nice-present-to-his-wife.jpg

Hadiah Terbaik Si Suami Untuk Si Isteri Yang Tercinta – Isteri yang emosinya kadang-kadang sukar difahami oleh kaum suami amat merungsingkan si suami. Apa kata si suami hadiahkan sesuatu untuk si isteri?? In Shaa Allah si isteri pasti akan gembira.

11 Hadiah terbaik si suami untuk si isteri yang tercinta:

1. Hadiah Mendengar

Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah,jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangadengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)

2. Hadiah Tanda Kasih

Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota

Ia mungkin ringkas seperti “Saya Sayang Awak!.” , “Saya nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati saya tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa.

4. Hadiah Ketawa

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Saya suka cara awak ketawa” “Saya suka cara awk berjalan” dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian

Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak”  atau “Cantik baju ni syg!” dan lain2.

6. Hadiah Bantuan

Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda.

Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik.

8. Hadiah Bersendirian

Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan

Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah

Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.. 🙂

11. Hadiahkan Doa :

Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

*Suami yg mengamalkan tips2 ini insya’allah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda semakin hari semakin syahdu… 😉

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Hadiah Terbaik Si Suami Untuk Si Isteri Yang Tercinta”

  1. Ummar Farouk says:

    Pelbagai hadiah boleh pilih buat kaum hawa… Nice sharing…

  2. Betul… hadiah hadiah tu lebih BERHARGA dari intan permata dan sebagainya (lain la klw mompan tu mmg mata duitan) eh kbai

  3. Mohon para-para suami… bakal-bakal suami… malah pakwe pakwe ambil nasihat ni untuk panduan di masa hadapan

  4. Ummar Farok untung la spa bakal isteri awak … sbb dah tahu rahsia hadiah terbaik dari suami ekekekekek kbai ^_^

    1. Ummar Farouk says:

      Baru nak merancang… Jodoh pun belum tentu sampai lagi…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

  5. Ummar Farouk says:

    Mari sama-sama kita hidupkan memberi daripada menerima…
    Ummar Farouk recently posted…Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?My Profile

  6. nabila biela says:

    betol2…tak smetinya hadiah brg2 jew..
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge