Guru Maut Ditembak Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulim

guru-maut-ditembak-di-kulim.jpg

Guru Maut Ditembak Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulim | Allahu Rabbi. Lagi 1 kes guru ditembak. Ingatkah lagi sebelum ini dengan berita yang mengejutkan apabila seorang guru maut ditembak di hadapan sekolah di Bachok Kelantan beberapa minggu lalu? Kali ini kejadian sama berulang tetapi kali ini berlaku di Kulim, Kedah. Baca laporan penuh dari Sinar Harian dibawah.

KULIM – Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

“Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian,” kata Mohd Nashir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak,” katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih,” katanya.  – Bernama

Sinar Harian

Astaghfirullahalazim. Apa dah jadi dengan Malaysia? Sekarang ni macam macam kes jenayah dah berlaku secara terang-terangan. Apakah anda semua tidak sedar? Semoga kita dijauhkan daripada kejadian-kejadian buruk seperti ini.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Guru Maut Ditembak Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulim”

  1. Yana Sakura says:

    Kenapa erk? musykil lak..adakah sebab yg sama n penjenayah yg sama terlibat?? xsabar tggu laporan susulan dr pihak polis..

  2. Yan Ty says:

    kenapa erk lately ni asyik guru je kena tempat , pasni pe blogger? matilah!!! haha
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge