Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok Kelantan

Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok. Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Bachok Kelantan apabila maut

Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok Kelantan | Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Bachok Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, berkata Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.

“Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang,” katanya.

Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok. Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Bachok Kelantan apabila maut

Lai berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes akan disiasat secara terperinci.

Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok. Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Bachok Kelantan apabila maut

Sementara itu,  isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.

“Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.

“Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia,” katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.

Giliran Peniaga Pasar Malam Mati Ditembak Di Bachok. Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Bachok Kelantan apabila maut

Anak pasangan itu trauma kerana terkejut.

Seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.

“Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu. – Bernama, 15 November, 2013.

Takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Sama-sama kita berdoa agar penjenayah tersebut tertangkap dan kita dijauhkan dari perkara sebegini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments