Gila! Seludup Dadah Dapat Percuma Pistol?

seludup-dadah-pistol.png

Gila! Seludup Dadah Dapat Percuma Pistol? | Ini kerja gila. Patut la kes tembak menembak disana sini tak henti-henti berlaku. Sebelum ni dilaporkan senjata api dengan sewenang-wenangnya dijual menerusi laman Facebook. Kali ni lebih dahsyat dimana penyeludup dadah dari Malaysia akan diberi percuma sepucuk pistol di Sungai Golok sempadan Thailand – Kelantan, Malaysia. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari akhbar Harian Metro.

Putrajaya: Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.

Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.

“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Gila! Seludup Dadah Dapat Percuma Pistol?”

  1. Anuar says:

    Dahsyatnya zamans ekarang ni… Pengedar dadah pun boleh dapat Bonus tambahan…
    Anuar recently posted…WW : Betulker Ada Skandal Dekat KFC?My Profile

  2. vcore says:

    buy 1 free 1

  3. iklan banner says:

    Salam persinggahan!!! Nak tanya, ada x sapa2 disini yang tahu macam mana nak buat duit online? Tolong kongsikan 🙂 lawati kami di http://iklan-banner-baru.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge