Gengster ‘Tailong Man’ Serah Diri.

Gengster ‘Tailong Man’ Serah Diri.

Gengster ‘Tailong Man’ Serah Diri. | Melaka: Seorang daripada dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap polis di laman Facebook milik individu menggunakan nama Tailong Man ditahan di Balai Polis Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek yang juga pemandu lori berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu hadir menyerah diri di balai berkenaan pada jam 6 petang.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata, suspek berbuat demikian selepas menyedari gambarnya disiarkan akhbar dan dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek menafikan dia pemilik akaun berkenaan dan memuat naik ugutan itu, sebaliknya mendakwa gambarnya digunakan individu lain untuk tujuan berkenaan.

“Malah, suspek turut membuat laporan di Balai Polis Manchis, Bentong, Ahad lalu, mendakwa gambarnya digunakan individu tidak bertanggungjawab di dalam mesej terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, semalam.

Gengster ‘Tailong Man’ Serah Diri.

Laman sosial Facebook yang menggunakan nama Tailong Man memuat naik mesej ugutan balas dendam terhadap polis pada 13 September lalu dipecayai dibuat susulan kejayaan polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, dekat sini, sehari sebelum itu.

Shah Gzali Khan berkata, suspek membuat laporan polis selepas adik perempuannya menyedari gambarnya dimuat naik di dalam laman sosial terbabit.

Menurutnya, suspek yang juga duda direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Comments

comments

4 thoughts on “Gengster ‘Tailong Man’ Serah Diri.”

  1. hadifahmy says:

    tailong-kang

  2. Ezad Skytech says:

    akhirnya ke sana jugak masuknya…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  3. kucinghitam says:

    sepandai2 tupai melompat ke tanah jugak hehehe
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge