Gempar Mayat Pensyarah UiTM Ditemui Dalam Bilik Berkunci

Mayat Pensyarah UiTM Ditemui Dalam Bilik

Menggemparkan. Mayat Pensyarah UiTM Ditemui Dalam Bilik Berkunci | Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dijumpai mati di dalam bilik Fakulti Sains Gunaan universiti itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 2.30 pagi, mangsa, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui dalam keadaan terbaring dengan pintu bilik itu berkunci.

“Polis bantuan (universiti) mendapat maklumat daripada pihak universiti terdapat pensyarah yang terperangkap dalam bilik itu dan anggota (polis) bertugas telah pergi ke lokasi kejadian dan dapati bilik tersebut berkunci.

“Anggota kemudian memecah masuk melalui syiling dan telah menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafien berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan awal menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said menyifatkan Zaini sebagai seorang pensyarah yang berdedikasi dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada universiti itu dan dunia pendidikan.
“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sumber : AWANI

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments