Gempar! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui.

Gempar! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui.

Gempar! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui. | Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Comments

comments

11 thoughts on “Gempar! Lintah Gergasi Seberat 25 Kilogram Ditemui.”

  1. ular tu agaknya dah lama hidup sebab tu size dia jadi besar gamaknya. ingat betul2 la lintah tadi. dok terbayang jugak kalau lintah besar tu gamaknya kering darah manusia dia hisap.. hahahahaha
    lekatlekitgurl recently posted…PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIKMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kan kalo 25 kg org yg 50kg sure parah ninggal terus kena hisap drah
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  2. hafiz says:

    Tengok je dah geli..
    hafiz recently posted…Genap setahun berbloggingMy Profile

  3. syeela says:

    eee geli nye

  4. hadifahmy says:

    menggelikan

  5. Ezad Skytech says:

    first time tengok ular spesis ni…erkkk…tengok pun geli…meremang bulu roma ni…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xpernah lagi tgk macam belot pun ada nie
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  6. Mawardiyunus says:

    yela. x mungkin lintah ada mata mcm tu
    Mawardiyunus recently posted…Gambar Samsung GALAXY Note 3 | Samsung Reality And RumorsMy Profile

    1. kucinghitam says:

      ular pakai contact lense hehehe terbeliak jer

  7. kucinghitam says:

    geli la tengok tapi nak tengok gak hehehe
    kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge