Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India

Gambar-Tempat-Pelupusan-Kapal-Laut-Di-India.jpg

Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India | Alang yang terletak di Teluk Khambat, India ialah destinasi terakhir kebanyakkan kapal laut yang usang. Di sini terdapat industri pelupusan kapal laut terbesar di dunia. Banda kecil ini melupuskan lebih dari 300 kapal laut yang terdiri daripada kapal pengangkut kapal terbang, kapal layar transatlantik, kapal kargo dan kapal pengangkut minyak setiap tahun.

Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India2 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India3 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India4 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India5

Industri pelupusan kapal ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Apabila ekonomi dunia merudum pada tahun 2010, industri pelupusan di Alang mendapat keuntungan besar. Ini adalah kerana banyak syarikat perkapalan melupuskan kapal milik mereka dari menyimpannya ketika ketiadaan pelanggan.

Sebanyak 40 000 orang pekerja bekerja di 125 tapak pelupusan kapal sepanjang persisiran pantai Alang. Mereka menggunakan alatan paling asas untuk mengitar semula sebuah kapal kargo menjadi besi sekerap dalam masa hanya seminggu. Sungguhpun industri pelupusan kapal kini sedang mengaut keuntungan besar, pekerja hanya dibayar sekitar USD 3 (RM 9.70) sehari.

Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India6 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India7 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India8 Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India9

Tempat pelupusan sampah ini juga merupakan antara kawasan paling bahaya didunia kerana pencemaran dan tahap keselamatan yang rendah. Pekerja tidak diberikan alatan keselamatan dan setiap hari ada sahaja yang mati lemas, terbakar akibat letupan ataupun dihempap besi berat. Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem kitar semula kapal di Alang dengan bantuan konsortium Jepun. Ini diharap dapat memastikan nyawa pekerja lebih selamat disamping mengurangkan tahap pencemaran yang berlaku sekarang.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Gambar Tempat Pelupusan Kapal Laut Di India”

  1. Kak Zu says:

    Alangkah ironinya.. Majikan mengaut untung berbondong bondong.. Pekerja kehilangan nyawa.

    Semoga usaha sama dengan syarikat jepun tersebut akan membawa manfaat pada keluarga pekerja aalang
    Kak Zu recently posted…Set Kurus Lengkap Shaklee Untuk Lelaki Dan WanitaMy Profile

  2. Mazni Azmi says:

    Mazni pernah lihat dokumentari di discovery channel

    Memang paling bahaya didunia pekerjaan ni
    Mazni Azmi recently posted…Selendang Pengantin Online | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini Untuk Tudung LabuhMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge