Gambar Suspek Tembak Mati Pengasas AmBank Hussain Najadi Dikesan

suspek-bunuh-pengasas-ambank.jpg

Gambar Suspek Tembak Mati Pengasas AmBank Hussain Najadi DikesanKUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu teksi yang dipercayai telah memandu suspek kes tembak mati pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi,  75 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Pemandu teksi yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling pada jam 9 malam oleh sepasukan polis .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis percaya selepas suspek penembak melepaskan beberapa das tembakan yang membunuh Hussain Ahmad Najadi, dia kemudiannya melarikan diri menggunakan teksi yang dibawa oleh suspek pemandu teksi.

“Kita percaya suspek penembak merupakan penumpang tetap teksi tersebut dan selepas kejadian itu, pemandu teksi ini telah menurunkan suspek penembak ini di Jalan Alor,” kata Ku kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Gambar Suspek Tembak Mati Pengasas AmBank

Gambar Suspek Tembak Mati Pengasas AmBank Hussain Najadi Dikesan, Biodata Hussain Ahmad Najadi, Kes Pembunuhan Pengasas AmBank, Pengasas AmBank Ditembak

Pemandu teksi itu kini direman selama tujuh hari bermula pada hari ini untuk membantu siasatan.

Berdasarkan rakaman CCTV di tempat berkenaan juga, polis telah mengenal pasti suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan polis.

Maklumat dari saksi kejadian pada awalnya, mendakwa terdapat tiga lelaki yang terlibat dalam tembakan itu, namun, apabila disiasat dengan lebih lanjut, polis berjaya mengenal pasti hanya seorang sahaja yang melepaskan tembakan itu.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Sei Ngan [email protected] dan dia dipercayai berumur dalam lingkungan 30an.

“Lelaki ini pula dipercayai selalu bergerak di kawasan Taman Maluri namun kita belum boleh pastikan sama ada suspek penembak ini merupakan seorang pembunuh upahan atau tidak,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Sei Ngan [email protected] supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis terdekat. – AstroAwani

Semoga pembunuh tidak terlepas dari hukuman dunia apatah lagi hukuman di Sana kelak.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Gambar Suspek Tembak Mati Pengasas AmBank Hussain Najadi Dikesan”

  1. sayidah says:

    semoga tertangkap.amin 🙂
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  2. hafiz says:

    Semoga dapat ditanhkap penjenayah ini dgn dalang2nya sekali….
    hafiz recently posted…Baju melayu siap dijahitMy Profile

  3. hafiz says:

    harap dapat tangkap cepat la sapa yang buat nih.

  4. ramai sangat penembak upahan sekarang.. risau tak terkata. rasa macam nak keluar rumah pakai baju kalis peluru jer
    lekatlekitgurl recently posted…MELAMPAU! CIKGU TASKA LAYAN BUDAK MACAM SAMSENGMy Profile

  5. ahmadijat says:

    Dalamg di sebalik pembunuhan pun perlu disiasat dan ditangkap.
    ahmadijat recently posted…Tips Shopping OnlineMy Profile

  6. Yan Ty says:

    mudah2an terbongkar segala rahsia kelak. amin.
    Yan Ty recently posted…Restoran Kapitan Keling , PenangMy Profile

  7. kucinghitam says:

    dah macam kat mexico dah kan tembak2
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  8. kucinghitam says:

    harap polis kerap la meronda ngan kereta n moto baru nie kan bru org xberani tembak2
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  9. kucinghitam says:

    harap2 polis dpt track dah ada muka
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  10. baguslah kalau dah dapat
    SilenceBlogz.. recently posted…Pemain Kelantan Terima Habuan RM30,000 Ribu SeorangMy Profile

  11. vcore says:

    kasi tangkap ini orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge