Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini. Siti Nurhaliza Collection By Ariani, Duta Baru Produk Ariani, Rekaan Tudung Terkini Ariani

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Pada hari Khamis baru-baru ini Dr Fuh berpeluang untuk menghadiri Majlis Pertunjukan Fesyen “An Exclusive Preview anjuran Galeri Ariani. Majlis yang sangat meriah, memang tidak dapat disangkal lagi dengan kehadiran lebih 500 orang tetamu jemputan khas. Siap ada kejutan yang sangat mengejutkan lagi. Nak tau apa kejutannya, baca lah sampai habis!

Sesampainya Dr Fuh disana, tercengang melihat suasana yang sangat meriah dimana kebanyakan tetamu-tetamu jemputan menggayakan tudung Ariani. Selepas sesi pendaftaran semua tetamu dan jemputan masuk ke dalam dewan. Memang sangat cantik dan eksklusif suasana di dalam dewan tersebut.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Suasana Di Luar Dewan Sebelum Majlis

Doa merahmati majlis dan doa selamat dibacakan sebagai pembukaan majlis sebelum ucapan dari Pengarah Eksekutif Galeri Ariani, Puan Norhana Sharkhan dan juga bekas Duta Ariani iaitu Wardina Safiyyah yang terpaksa mengundur diri dari menjadi Duta Ariani kerana akan berhijrah ke Australia untuk melanjutkan pelajaran. Majlis juga turut digamatkan lagi dengan kepetahan pengacara majlis terkenal iaitu Dee dan juga Azizah Arifin.

Setelah selesai sesi penghargaan kepada bekas Duta Ariani iaitu Wardina, sesi yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu sesi memperkenalkan Duta Wajah Baru Ariani iaitu pengacara TV popular Jelitawan Nurul Syuhada Nurul Ain. Memang sesuai Galeri Ariani melantik beliau sebagai duta diatas penampilan muslimah yang elegan dan berpenampilan hebat.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Duta Wajah Baru Ariani – Nurul Syuhada Nurul Ain

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Penghargaan Buat Wardina Bekas Duta Ariani

Kemudian, pertunjukan fesyen “An Exclusive Preview” menampilkan model-model jelita menggayakan tudung rekaan terkini dari Galeri Ariani. Tidak dinafikan lagi, memang sangat eksklusif dan juga moden rekaan-rekaan terkini tudung Ariani yang digayakan oleh model. Tidak hairanlah kenapa pembeli setia Galeri Ariani sanggup berbelanja ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit untuk memiliki koleksi tudung Ariani.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Model-Model Menggayakan Koleksi Tudung Terkini Dari Ariani

Sambil melihat pertunjukan fesyen tudung terkini, Dr Fuh dan tetamu lain dijamah dengan hidangan Hi-Tea. Layanan dan makanan dia sangat superb walaupun simple, ye lah dah nama pun Hi-Tea kan takkan nak makan berat-berat pula.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Antara Makanan Yang Dihidangkan Kepada Tetamu

Sambil-sambil itu, acara cabutan bertuah khas untuk pelanggan-pelanggan setia Galeri Ariani juga turut diadakan. Hadiah dia apa? iPhone 5s, Karpet eksklusif bernilai RM5,000 dan juga baucer pembelian RM1,000. Berpianau mata Dr Fuh tgk hadiah-hadiah yang dimenangi lebih 60 orang pelanggan setia Galeri Ariani. Kalau majlis macam ni diadakan setiap tahun boleh lah Dr Fuh suggest dekat cik tunang untuk jadi pelanggan setia Galeri Ariani. Hehe.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Antara Pemenang-Pemenang Cautan Bertuah Galeri Ariani

Semasa majlis yang gilang gemilang ini diadakan, Galeri Ariani telah menampilkan 3 jenis rekaan tudung yang mana setiap satunya cuma terdapat satu sahaja di dunia untuk dibida oleh para tetamu. Koleksi ni Dr Fuh simpulkan sebagai koleksi tudung yang sangat rare. Yang menariknya, duit hasil bidaan tudung-tudung rare ni akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan dan juga ibu-ibu tunggal.

Koleksi tudung pertama berjaya dijual dengan harga RM3,000. Koleksi tudung kedua pula berjaya dijual dengan harga RM7,000 manakala yang terakhir berjaya dijual dengan harga RM10,000 menjadikan jumlah keseluruhan kutipan adalah RM20,000. Dengan rekaan yang sangat eksklusif, tidak hairanlah pelanggan-pelanggan Galeri Ariani sanggup berbelanja ribuan ringgit dan tidak dapat disangkal lagi mereka sangat pemurah!.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Antara Koleksi Tudung ‘Rare’ Yang Dilelong – RM10,000

Sekali lagi, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana satu kejutan besar dilakuakn semasa berlangsungnya majlis ini. Kejutan ini menampilkan ikon penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Sinti Nurhaliza menyayikan lagu Kenangan Terindah dari Samsons sambil berjalan menuju pentas. Memang terpegun semua tetamu yang hadir diatas kejutan yang sangat tidak disangka oleh Galeri Ariani.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Penampilan Mengejutkan Dato’ Siti Norhaliza

Dato’ Siti hadir bukan sahaja untuk menghiburkan tetamu dengan nyayian lunaknya bahkan beliau telah dilantik menjadi Ikon Ariani. Untuk pengetahuan, Dato’ Siti dan juga Ariani membuat koloberasi menampilkan produk baru “Siti Nurhaliza Collection By Ariani”. Wah!! Mesti menakjubkan. So korang tunggu apa lagi, pergi la survey dan dapatkan koleksi ini di Galeri Ariani yang berdekatan.

Galeri Ariani Menampilkan Rekaan Tudung Eksklusif Dan Terkini.  Siti Nurhaliza Collection By Ariani,  Duta Baru Produk Ariani,  Rekaan Tudung Terkini Ariani

Dato’ Siti Menandatangani Perjanjian Bersama Ariani

Apa lagi nak dikata? Memang terbaik dari Ariani. Tahniah kepada Galeri Ariani kerana dengan izin Allah, rekaan-rekaan tudung ariani yang sangat eksklusif sedikit sebanyak dapat mendorong kaum hawa berpenampilan elegan tanpa mengetepikan tuntutan Allah SWT iaitu menutup aurat.

So kalau korang nak tengok koleksi terkini Ariani korang boleh lawati laman Facebook Official Galeri Ariani ataupun Instagram @galeriariani atau korang boleh terus lawati laman sesawang Galeri Ariani di ariani.my untuk maklumat lebih terperinci.

Dr Fuh doakan supaya Galeri Ariani dan juga syarikat Jakel Trading Sdn. Bhd. akan terus maju dan membuka mata dunia bahawa bertudung juga mampu melihatkan seseorang wanita itu lebih elegan dan bergaya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments