Gaji Pemandu Bas Dinaikkan Sehingga RM 3000

image35.jpg

Gaji Pemandu Bas Dinaikkan Sehingga RM 3000 | Siapa sangka Gaji Pemandu Bas Dinaikkan Sehingga RM 3000. Tapi gaji yang ditawarkan sesuai dan berpatutan dengan apa yang dibuatnya. Menjadi pemandu bas tidak sesenang yang di sangka. Jom baca berita lanjut :

Gaji Pemandu Bas Dinaikkan Sehingga RM 3000

PUTRAJAYA 5 Feb. – RapidKL mempelawa wanita terutama ibu tunggal mengisi kira-kira 500 jawatan pemandu bas atau lebih dikenali sebagai kapten bas untuk membawa penumpang di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, penyertaan wanita dalam kerjaya itu amat dialu-alukan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Beliau berkata, tawaran gajinya adalah sekitar RM3,000 sebulan termasuk pemberian pelbagai elaun dan insentif perkhidmatan serta struktur kerjaya yang progresif.

“Buat masa ini, syarikat mempunyai seramai 3,000 pemandu dan daripada jumlah ini, hanya 2.5 peratus atau 60 pemandu bas terdiri daripada wanita.

“Latihan akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang pemandu bas berkemahiran dan kita mengajar mereka sehingga menjadi pemandu yang baik,” katanya demikian dalam sidang akhbar Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama RapidKL, di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Dalam perkembangan berkaitan, Zohari berkata, perkhidmatan bas Rapid bakal diperluaskan ke semua ibu negeri dalam masa tiga tahun bertujuan menyediakan pengangkutan berkualiti dan cekap khusus untuk orang ramai.

Beliau berkata, setakat ini perkhidmatan bas terdapat di tiga di negeri iaitu RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan.

“Secara keseluruhan terdapat 1,813 bas dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata, penglibatan wanita dalam kerjaya pemandu bas itu secara tidak langsung dapat mencapai sasaran untuk memiliki 55 peratus tenaga kerja wanita menjelang 2015.

Beliau menambah, isu gender tidak perlu timbul lagi dalam soal pemilihan kerjaya pada zaman era globalisasi ini.

“Percaya atau tidak berdasarkan kajian antarabangsa, wanita boleh menjadi pemandu bas yang lebih baik daripada lelaki. Kajian trafik New York menyatakan naluri wanita lebih peka kepada persekitaran.

“Kajian Universiti Bradford pula, wanita mempunyai daya fokus lebih lama daripada lelaki. Selain itu, kadar pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu wanita adalah lebih tinggi,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Gaji Pemandu Bas Dinaikkan Sehingga RM 3000”

  1. At this time it appears like Movable Type is the top blogging platform available right now.
    (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?
    Bitcoin Miners recently posted…Bitcoin MinersMy Profile

  2. lahabau says:

    ponek den blajo tinggi2 sampai 18 tingkat utang berpuloh riban degree itu ini dopek gaji rm2500 je…koje nak pecah kepala den poning tak habeh lai jadi drebar bas la den besok lagi baguih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge