Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Sehingga Menyesatkan

Fuh-Seram-Rumah-Hantu-Paling-Seram-Senhingga-Menyesatkan.jpg

Rumah hantu dahulunya dijadikan tempat untuk menakutkan orang ramai yang ingin membeli tanah. Namun kini, ia telah menjadi satu tarikan pelancong sehingga terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.

Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Sehingga Menyesatkan

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.  Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :

 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 8 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 7 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 6 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 5 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 4 Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Senhingga Menyesatkan 3

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Fuh Seram! Rumah Hantu Paling Seram Sehingga Menyesatkan”

  1. amir zahari says:

    aku nak masuk tempat macam ni? hahahahahahahahahahaha.. mmg tak la.. dah la amik masa 50 minit untuk keluar itupun kalau tak sesat.. kalau tak sesat okeh..! nak masuk boleh mungkin akan bawa kapak sekali..
    amir zahari recently posted…Pelik Ikan Muka KhinzirMy Profile

  2. kucinghitam says:

    teringin nak masuk tempat2 macam ni tp umah hantu kat malaysia semua hantu gatal suka raba
    kucinghitam recently posted…GAY MELAYU MAKIN BERANIMy Profile

  3. masuk & fikir semua tu cuma lakonan semata2. kalau ada hantu datang menyakat gelak kuat2 atau lempang dia laju2. jadi mesti hilang rasa takut.. ternyata perasaan manusia mudah di pengaruhi oleh persekitaran walaupun dia tahu semua tu sekadar mainan.
    lekatlekitgurl recently posted…PENGALAMAN SERAM PEMANDU VAN JENAZAHMy Profile

  4. hafiz says:

    Wooo memang terbaiklah efek hantu dia…
    hafiz recently posted…Naik basikalMy Profile

  5. shafiq says:

    Teringin gilaa nak masukkk! Serioussss..

  6. Khairil says:

    Kena pikir 7 kali beb kalo nak masuk ni.. Hahaha! Aku baca pun dh risau, kalau masuk dlm tu, kena ada mmber yg berani kejar hantu.. Hahah

  7. World WarZ says:

    Ada juga ye manusia nak berlibur atau mencari kelainan dengan memasuki rumah hantu. Tak cukup lagikah kita disogok dengan kisah pembunuhan ngeri dan sadis kejadian sebenar dialam nyata. Dan tak cukupkah lagi kita disuap dengan segala bentuk kurafat dan kini kita mencari kisah tersebut dengan cara palsu supaya kita dapat alami kekurafatan dengan cara lebih menyakin kan lagi supaya dapat membentuk akidah kita menjadi lebih mantap kehkehkeh..

    Bagus lah kehkehkeh…

  8. JOBS VIEW says:

    best masuk rumah hantu ni..masuk waktu malam lagi best..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Hong Leong Bank BerhadMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge