Saintis Buktikan Perempuan Lebih Cepat Matang Daripada Lelaki

perempuan-lebih-cepat-matang.jpg

Saintis Buktikan Perempuan Lebih Cepat Matang | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semua manusia dewasa termasuklah lelaki dan perempuan pernah melalui zaman kanak-kanak. Semua pernah merasa tetapi sedarkah kita yang pertumbuhan dan tumbesaran perempuan dan lelaki adalah sangat jauh berbeza?

bermain di padang

Ianya adalah memang sebuah pengetahuan am yang perempuan lebih matang daripada lelaki tetapi baru-baru ini, para saintis menemukan satu fakta buat pertama kalinya yang otak orang perempuan boleh berkembang sehingga lebih 10 tahun lebih awal daripada orang lelaki.

Universiti Newcastle membuat penemuan ini semasa menjalankan kajian tentang bagaimana otak menyimpan informasi. Mereka mendapati bahawa apabila otak matang, ia mula ‘memotong’ informasi yang tersimpan itu kepada beberapa bahagian’ dan memfokuskan kepada bahagian yang penting.

Bagi perempuan, hal ini boleh berlaku seawal usia 10 tahun  tetapi bagi lelaki, ia boleh mencapai sehingga 15 hingga 20 tahun untuk mencapai tahap yang sama.

Dr Marcus Kaiser berkata,”Sememangnya secara tidak sengaja kami menemukan yang terdapat satu perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam aspek pembesaran. Kami menjumpai yang otak mula memotong sambungan neural yang tidak dianggap penting”

Semasa proses yang sama, memori atau bunyi atau penglihatan yang muncul dalam otak beberapa kali akan dihapuskan.

Pengkaji Sol Lim berkata,”Kehilangan sambungan semasa pertumbuhan otak sebenarnya boleh membantu untuk meningkatkan fungsi otak dengan mengorganisasi semula rangkaian dengan lebih efisien.

“Katakanlah, berbanding bercakap dengan orang ramai secara rawak, menanyakan satu pasangan yang tinggal di kawasan tersebut dalam tempoh masa yang lama adalah jalan yang paling efisien untuk mengetahui cara untuk mengetahui cara kamu. Dalam cara yang sama, mengurangkan unjuran dalam otak membantu untuk lebih fokus kepada informasi yang penting.”

Hanya unjuran penting, seperti menghubungkan suara seseorang yang biasa (familiar) dengan wajah mereka dikekalkan, tetapa semasa mengimbas otak 121 sukarelawan berusia 4 hingga 40 tahun, mereka mendapati perbezaan yang sangat jelas.

“Kajian sebelum ini menunjukkan otak melakukan banyak organisasi semua semasa akil baligh, terdapat aktivit besar dalam tempoh ini. Tetapi ia agak tidak dijangkakan untuk menemui perubahan-perubahan yang bermula lebih awal pada perempuan jika dibandingkan dengan lelaki” kata Dr Kaiser.

“Sekitar 10 hingga 12, kami mula tengok banyak aktiviti dalam otak perempuan apabila ‘pemotongan’ ini berjalan, tetapi ia adalah sekitar 15 hingga 20 untuk lelaki.”

Kerja ini adalah sebahagian daripada projek Human Green Brain yang mendapat dana dari EPSRS, yang mengkaji perkembangan otak manusia dan diterbitkan dalam jurnal Cerebral Cortex.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Saintis Buktikan Perempuan Lebih Cepat Matang Daripada Lelaki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge