Peminat Fast And Furious Bakar Kereta Sebagai Penghormatan Terakhir

Paul-Walker-Fast-and-Furious-car-set-on-fire-2934149.png

Fuh! Peminat Fast And Furious Bakar Kereta Sebagai Penghormatan Terakhir | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja tak faham betul dengan para peminat fanatik yang suka bertindak di luar batasan apabila berlaku perkara yang melibatkan artis yang diminatinya. Wahai peminat fanatik, artis itu tidak kenal pun korang.

Ini satu lagi kisah paling tak masuk akal yang melibatkan kefanatikan seorang peminat. Tak sayang ke kereta yang dibeli dengan harga beratus-ratus ribu, entah-entah makan juta-juta, dibakar semata-mata untuk memberikan penghormatan terakhir artis yang diminatinya. Keluarga artis pun tak buat begitu, korang sapa nak melebih pulak?

kereta fast and furious kena bakar

Gambar di atas adalah semasa peminat Fast And Furious membakar kereta sendiri setelah memanaskannya selama 20 minit sebagai penghormatan terakhir buat pelakon Paul Walker.

Kereta Ford Focus tersebut meletup di hadapan penonton yang terkejut semasa mereka memberikan penghormatan terakhir kepada pelakon berusia 40 tahun itu di sebuah tempat letak kereta di Beach Boulevard Retail Park di Aberdeen.

Selepas terjadinya kejadian yang mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai itu, kawan-kawan kepada manusia tidak bernama itu dilaporkan telah melabelkan mereka sebagai ‘bodoh’ kerana ahli bomba terpaksa dipanggil untuk memadamkan api yang dicipta sendiri itu.

Ahli majlis awam Andrew May memberitahu Daily Mail,”Saya tidak boleh faham dengan mentaliti seorang manusia yang akan melakukan perkara sebegitu. Ia adalah sangat nasib baik apabila sesiapa sahaja yang melakukan pemanasan enjin (revving) tidak cedera.”

“Saya memang tidak akan faham kenapa seseorang boleh melakukan perkara itu. Jika kereta tersebut adalah kepunyaan orang yang melakukannya, tak pe- mungkin mereka akan mempelajari sesuatu.”

Paul Walker telah terbunuh semasa kereta yang dinaikinya berdepan dengan kemalangan dan terbakar pada 30 November. Dia dikebumikan pada hari Sabtu.

Seorang jurucakap untuk Track and Street Grampian melaporkan yang mereka yang berkabung melabelkan penunggang motosikal tersebut sebagai ‘bodoh’ dan mereka ‘dimalukan’.

Dia menambah lagi “Kerana haba yang berlebihan dan perangai bodoh di pihaknya, kereta itu terbakar. Ia adalah salahnya”.

Peminat pun peminat juga, tapi patut ke sampai tahap ni????

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Peminat Fast And Furious Bakar Kereta Sebagai Penghormatan Terakhir”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    fanatik sangat tak bertempat nie..

    mselim3
    mselim3 recently posted…Mukjizat Rasullulah Saw Air Keluar Daripada Jari-JarinyaMy Profile

  2. Hey just wanted tto give you a quick heads up.
    The text in your content seem to bbe running off the screen
    in Ie. I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility buut I thought I’d
    post to let you know. The layout look great though! Hope you get the issue
    solved soon. Cheers

    my blog; pure cambogia green tea ultra dr oz
    pure cambogia green tea ultra dr oz recently posted…pure cambogia green tea ultra dr ozMy Profile

  3. Ammar says:

    Rasa macam nak bakar kereta jugak lah. hehehe
    Ammar recently posted…Contoh Surat Berhenti KerjaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge