Fuh Pelik! Wanita Ini Ketagih Makan Pewangi Ketiak?

pewangi.jpg

Fuh Pelik! Wanita Ini Ketagih Makan Pewangi Ketiak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pagi ni Dr Fuh nak share satu kisah tentang perangai pelik seorang wanita yang gemar makan pewangi ketiak atau mudah dikenali sebagai deodorant.

Memang tidak dinafikan, pewangi ketiak memang wangi dan digunakan oleh hampir semua orang. Tapi tak ke pelik pewangi ketiak dibuat makanan harian, dah macam snek appolo pulak dah. Ikuti kisah penuh dibawah ini!

Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. – Agensi

Dr Fuh – Haishh, pelik-pelik la manusia ni. Entah apa lah nasib budak ni sekarang..

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Fuh Pelik! Wanita Ini Ketagih Makan Pewangi Ketiak?”

  1. VIMAX2U says:

    eeeewwww dia igt perfume punya akohol tue sama ka ngn arak hahaha
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. Yana Sakura says:

    Pelik2 la org luo negara neh..bole dia mkn deodorant..moga dia dpt kurgkn ketagihan tu ..huhu
    Yana Sakura recently posted…Imam Abu Hanifah Menasihati Si PemalasMy Profile

  3. kamen says:

    Mengada je tu konon nak lain dr org lain..

  4. vcore says:

    pelik bebeno

  5. amir zahari says:

    Macam2 org dlm dunia ni, dari yg makan kaca, makan atap zink, makan sabun, makan batu bata, ni makan deodorant.. kesemua tu ketagihan yang dikawal oleh otak..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

  6. Hey, I uncovered your web site by using Bing all the while buying similar subject matter, your internet site got here right up, it looks good. I have bookmarked so that you can favourites features|included in our book marking.

  7. parfum says:

    We’re several grouped volunteers as well as starting a completely new design in this local community. Your website provided us with useful information and facts so that you can paintings with. You have done any challenging activity plus our total town will likely be grateful for you.

  8. Hiya very cool internet site! Guy. Lovely. Excellent. I’m going to book mark your web site and grab the nourishes likewise? We’re content to look for a lot of tips below inside offered, we end up needing workout more methods normally indicate, we appreciate you sharing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge