Fuh Pelik! Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza

Fuh-Pelik-Bayi-Kembar-Ini-Dilahirkan-Dalam-Dua-Negara-Berbeza.jpg

Fuh Pelik! Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza | Bayi kembar merupakan satu angerah dan rezeki daripada Allah SWT. Bercakap tentang kelahiran bayi kembar ini, ada seorang ibu mengalami satu persitiwa yang dianggap unik dan pelik dalam dunia ini. Bayi yang dilahirkan adalah kembar. Bagaimanapun, proses bersalin itu berlaku di dalam dua negara yang berbeza. Bagaimana ya boleh terjadi sedemikian rupa? Difahamkan, terdapat masalah untuk proses kelahiran kembar yang kedua. Oleh itu, doktor meminta ibu bayi kembar tersebut mendapatkan rawatan di hospital lain.

LONDON – Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland. Pelik.

Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.

Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.

Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.

“Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka,” ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail, Senin (1/7/2013).

Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.

Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.

Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.

“Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa,” ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.

Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Fuh Pelik! Bayi Kembar Ini Dilahirkan Dalam Dua Negara Berbeza”

  1. kucinghitam says:

    menda nak jadi atas ketentuan Nya
    kucinghitam recently posted…DAGING LEMBU TIRUAN DARI DAGING BABIMy Profile

  2. Mawardiyunus says:

    hmmm. macam2 la . kes macam ni pom ada ka hahahaha
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  3. hafiz says:

    Negara berjiran…
    hafiz recently posted…Puasa adalah diet yang terbaikMy Profile

  4. Atiqa anuar says:

    nasi baik dua dua hidup. comelnya baby 🙂

  5. liana rosli says:

    comelnye baby tu…nak baby kembar jugak……eerrrkkk
    liana rosli recently posted…LIA HOMESTAY kuala selangor(homestay MURAH!)My Profile

  6. vcore says:

    comel…..

  7. cik Ain says:

    comel sangat… teringin nak anak kembar..

  8. Aziey says:

    mmg ade yg terjadi mcm nie…
    masa sy bertugas di JPN dulu,
    ade sorg ibu nie lahirkan ank kembar lelaki…
    sorg lahir kt hosp. kajang dan
    sorg lg lahir kt hosp. kuala lumpur…

  9. Syar says:

    OooOoo..dekat je..ingatkan jauh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge