Fuh!! Panggil Jin Gandakan Wang Imam Nyaris Tertipu

Fuh!! Panggil Jin Gandakan Wang Imam Nyaris Tertipu

Fuh!! Panggil Jin Gandakan Wang Imam Nyaris Tertipu

Fuh!! Panggil Jin Gandakan Wang Imam Nyaris Tertipu | Seorang Imam nyaris tertipu oleh seorang warga Somalia semata-mata ingin melihat wang di dalam peti digandakan dengan bantuan jin. Mari kita baca apakah yang terjadi sebenarnya.

KUALA PILAH – Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang lumayan.

Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.

Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.

Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.

“Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin,” katanya.

Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.

“Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.

Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.

“Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.

Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.

“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di bank,” katanya.

Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.

“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.

“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.

“Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.

“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini,” katanya. (Sinar Harian Online)

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments