Fuh ! Lelaki Maut Di Baham Ikan Jerung Ketika Berenang

Fuh ! Lelaki Maut Di Baham Ikan Jerung Ketika Berenang

Fuh ! Lelaki Di Baham Ikan Jerung Ketika Berenang | Perenang Auckland dibaham hingga mati oleh seekor jerung berukuran 4.3 meter, dipercayai jenis Great White, Adam Strange, 46, diserang dan ditarik ke dalam air 200 meter dari pantai Muriwai di Auckland pada jam 1.30 petang di depan beratus-ratus pengunjung pantai.

Lebih tiga lagi jerung dikatakan terbabit dalam serangan itu ketika anggota polis melepaskan 20 tembakan dari bot keselamatan dan helikopter dalam usaha menyelamatkan Strange.

Polis berkata, mereka tidak tahu sama ada tembakan mereka mengenai jerung itu, tetapi haiwan itu berundur dan menghilangkan diri.

Tubuh mangsa kemudian ditemui di laut. Polis berkata, keluarganya sangat kecewa. Mereka menyifatkan mangsa, penerbitan filem sebagai bapa, suami dan kawan yang hebat serta baik.

Pengawal pantai yang mengenali Strange mengambil masa setengah jam untuk menemui mayatnya yang di kelilingi dua jerung.

Menurut laman web stuff.co.nz, seorang nelayan, Pio Mosie yang menyaksikan serangan itu menyifatkan kejadian itu mimpi ngeri.

“Kami melihat jerung muncul dan seminit kemudian ia menyerang mangsa dan kelihatan darah dekat permukaan air.

“Mangsa bergelut dengan jerung itu sebelum ikan itu meninggalkan kawasan. Kemudian, beberapa lagi jerung datang menyerang mangsa.

“Kami hanya dapat melihat ikan itu menarik mayat mangsa ke kawasan lebih jauh,” katanya. – DM

sumber

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments