Fuh Gila! Pelajar Ini Mampu Tidur Selama Sebulan Tanpa Sedar Langsung!

Fuh Gila! Pelajar Ini Mampu Tidur Selama Sebulan Tanpa Sedar Langsung! Jarang kita dengar seseorang itu tidur dalam satu tempoh yang lama...

Fuh Gila! Pelajar Ini Mampu Tidur Selama Sebulan Tanpa Sedar Langsung! | Seorang gadis yang dikenali sebagai Lily Clarke menghidap penyakit sindrom Kleine-Levin. Dia merupakan seorang pelajar yang mana penyakit itu menyebabkan ia tidur selama sebulan dan tidak menghadiri peperiksaan.

Jarang kita dengar seseorang itu tidur dalam satu tempoh yang lama. Paling lama pun yang biasa kita dengar dari malam sehinggalah ke waktu zohor membawa ke waktu asar. Itupun sudah membuatkan kepala kita berasa berpinar. Namun tidak kepada pelajar ini yang mana menceritakan bagaimana dia terlepas menyambut hari jadinya dan peperiksaan universiti kerana tidur.

Lily Clarke, 21, menghidap sindrom Kleine-Levin yang menyebabkan dia boleh tertidur kira-kira sebulan dalam satu-satu masa. Dia hanya jaga kira-kira sejam sehari untuk makan dan minum sebelum tidur semula.

Sepanjang tiga tahun lalu dia mendapat rawatan daripada tujuh pakar perubatyan dan menjalani pelbagai pemeriksaan.

Ibunya, Adele, 47, hanya menyedari penyakit yang dihidapi Lily selepas membaca satu kes serupa dalam akhbar Daily Mail pada Februari tahun lalu.

Menurut Adele, Lily mula berdepan dengan masalah itu selepas bermain luncur ais pada November 2007.

“Dia mengadu pening. Selepas bermain, kami ke restoran dan Lily tidur tanpa menyentuh makanan.

“Dia enggan meninggalkan katilnya selama sebulan dan tidak berminat untuk makan atau minum.

Dia akan tidur 23 jam sehari dan tidak boleh mendengar bising atau cahaya. Dia bangkit sebelum Krismas tetapi tidak boleh mengingati apa yang berlaku pada dirinya.

Kira-kira sebulan kemudian, Lily yang sepatutnya menduduki peperiksaan, mengalami episod sama. Dia terlena selama tiga minggu lagi hingga ibu bapanya terpaksa membatalkan majlis sambutan hari jadinya. Keadaan itu berulang beberapa kali dan meskipun berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, dia ketinggalan dalam pelajarannya dan pernah tidak menduduki peperiksaan kerana tertidur.

Fuh!! ini memang betul-betul gila!! sapa boleh challenge??

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments