Fuh Gila!! Abang Dilibas Parang Oleh Adik Sendiri

tetak-kepala.jpg

Fuh Gila!! Abang Dilibas Parang Oleh Adik Sendiri | KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang abang menasihati adik lelakinya agar memulangkan semula telefon bimbit milik ayah mereka yang dipercayai hendak dijual, bertukar mimpi ngeri apabila dia dilibas parang oleh suspek, dalam satu kejadian di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu berlaku, kira-kira jam 2.30 pagi, suspek yang berusia 16 tahun telah meminta sejumlah wang daripada ibu mereka, 46, dipercayai untuk membeli pil kuda.

“Namun, permintaan itu tidak diendahkan si ibu menyebabkan suspek nekad mengambil telefon bimbit milik ayah mereka, 50-an, yang secara kebetulan diletakkan di situ walaupun dilarang beberapa kali oleh si ibu.

“Bagaimanapun, suspek langsung tidak menghiraukan rayuan ibunya. Rayuan si ibu turut didengari mangsa, 20-an, yang ketika itu baru tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang tidak tahan melihat perbuatan kurang ajar suspek yang cuba bertindak kasar terhadap ibu, mengambil keputusan masuk campur dengan menasihati suspek secara baik agar memulangkan semula telefon bimbit tersebut.

“Suspek yang tidak suka mangsa mencampuri urusannya itu telah bertindak ganas dengan mengambil sebilah parang dan terus melibas ke arah mangsa.

“Ketika bergelut mempertahankan diri, mangsa cedera di pinggang akibat terkena parang manakala suspek pula melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.

Akibat kejadian, ibu suspek yang bekerja sebagai peniaga nekad membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan menggunakan senjata.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – Sinar

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Fuh Gila!! Abang Dilibas Parang Oleh Adik Sendiri”

  1. syeela says:

    tu la kecik2 x nak mampos da besar menyusah kan org

  2. fyna says:

    perrrgghh… kejamnya.
    fyna recently posted…Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau OnlineMy Profile

  3. Zuan says:

    hmm macam-macam

  4. Yan Ty says:

    hurm dah agak sebab pil/dadah sanggup bunuh darah daging sendiri. apa la nak jadi manusia hoiii… dah xeducated brainless pula…grrrr
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

  5. amir zahari says:

    kesan makan pil kuda, dadah dan sespesisnya, saudara darah daging pun dh tak kenal, hilang kasih sayang..
    amir zahari recently posted…HasrulHassan – Tips Pengiklanan Buat Duit Dengan BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge