Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?

salji-turun-di-Mesir.jpg

Fuh! Salji Di Mesir Benar Ke Bohong? | Assalaamualaikum warahmatullahi warahmatullahi wabarakaatuh. Bermula semalam kalau tak silap, facebook Teacher Muja dipenuhi dengan cerita tentang salji yang dikatakan turun di Mesir. Teacher Muja sendiri ada menghubungi adik yang tinggal di sana dan beliau mengatakan kejadian itu memang benar-benar berlaku di Cairo.

Gambar piramid diliputi salji itu pada mulanya ditweet dan mula dikongsi oleh ribuan orang. Peristiwa ganjil sudah semestinya menarik perhatian ramai. Malangnya, gambar itu dikatakan telah diedit supaya menampakkan pyramid tersebut diselapuit oleh salji. Agak mengecewakan apabila mengetahui perkara ini bukan? Tertipu lagi.

salji turun di Mesir

Benar atau Bohong?

Ternyata gambar yang memaparkan piramid di Mesir yang telah dikongsi oleh ribuan orang di Twitter dan Facebook adalah palsu. Sepalsu kisah Villa Nabilla mungkin. Gambar tersebut menampakkan seolah-olah piramid yang merupakan salah sebuah keajaiban dunia di Giza, berdekatan dengan Cairo itu, diselimuti dengan lapisan salji yang agak tebal.

Semenjak ia diposkan semalam, ia telah diretweet sebanyak hampir 10,000 kali. Hebat sungguh penangan media sosial ni. Tidak seperti gambar Sphinx palsu yang sebenarnya adalah replika Sphinx taman tema Jepun yang telah diviralkan pada hari Jumaat, gambar piramid itu adalah gambar sebenar piramid Giza tetapi diedit daripada sebuah gambar lama yang menunjukkan gambar piramid tanpa salji.

piramid bersalji palsu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar yang telah diedit menjadi gambar piramid diliputi salji itu juga sebenarnya sudah bukanlah baru seperti yang diperkatakan ramai, tetapi ia adalah gambar dari setahun yang lalu. Gambar bangunan pada latar belakang gambar tersebut adalah bandar lama Cairo.

Salji sememangnya turun pada hari Jumaat berdekatan dengan Bandar Baru Cairo, tetapi cuaca musim sejuk itu tidak cukup untuk menutupi pyramid mahupun spinx yang merupakan monumen popular di Mesir. Orang Mesir bangun dengan lapisan salji nipis untuk kali pertama dalam seratus tahun.

Gambar cuaca yang pelik dan jarang berlaku itu tersebar dengan cepat pada hujung minggu termasuklah gambar seekor unta yang keliru berbaring dalam salji.

Dengan adanya media sosial dan pengaruhnya yang hebat, kita sekarang sudah kekurangan daya untuk membezakan yang mana realiti dan fantasi, yang mana benar yang mana palsu. Moga orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar yang fake ni bertaubat dan berubah. Amiin

Ps- salji dah turun di Mesir, adakah ini tanda kiamat sudah terlalu hampir? Astaghfirullahalazim. Moga kita sentiasa dalam kalangan orang yang beriman, di dunia dan di akhirat. Insya ALLAH.

Wassalam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?”

  1. Eyma Lydia says:

    Saya pun boleh edit KLCC diliputi salji . Nak hot juga ! =,=” Syasya dah hot , anda bila lagi ?

    1. MTV says:

      betul la piramid tu kena salji

  2. Rina says:

    Andai saja di Mesir turun salju hingga bisa menutupi piramid pastilah ini perubahan iklim yang snagat besar dan mungkin akan terjadi juga di daerah lain seperti negeri kita …
    Rina recently posted…Best Websites For Finding Free Vector Art & Graphic ImagesMy Profile

  3. Khair says:

    HOTAK HANG salji kat Mekah. nah gua kasi pau text ni as an explanation =_= PIAWWWWW! “Matluthfi90 *read it* Anda..!! Ya, anda. Tolong jangan membodohkan diri sendiri. Tolonglah jangan cepat sangat percaya dengan penyebaran benda-benda karut yang tiada sandaran dalil. Sekarang tengah tersebar pasal salji kat Mesir, pastu ada seseorang yang bebal quote hadis dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda apabila hari hampir kiamat, tanah Arab akan subur dan dialiri sungai. Hadis tu ada, sahih, tapi yang pi kaitkan dengan kejadian salji kat Mesir tu buat apa? Alasan si bebal tu, nanti salji cair, jadilah ia sungai, dan tanah Mesir jadi subur. Kiamat dah dekat, aaaaaaa…!! Hang bodo ka? Sungai Nil kat Mesir tu dah berjuta-juta tahun kat situ diamnya, Mesir tu tak subur ka? tak blaja geografi ka? Paling bodoh lagi, di akhir mesej tu, tertulis “Nabi berkata barangsiapa menyebarkan perkara ini, akan ditetapkan syurga bagi dirinya”. Cantik, ko sebenarnya dah siapkan tempat ko di neraka, sebab dah berdusta atas nama Nabi. Amacam? Terasa buduh tak? Sila terasa. Memang bagi ayat pedas sebab nak bagi terasa pun. Masa depan, apa yang akan berlaku di hari akan datang, SEMUANYA termasuk dalam perkara ghaib yang HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUI. Kita nak cerita pasal masa akhir zaman ni, hanya kena berpandukan hadis-hadis Nabi dan Al-Quran sahaja. Hadis Nabi tu plak kenalah ikut huraian yang ditafsirkan oleh ulama. Bukan ikut kepala hotak hang sendiri. Yang kepala otak dia berpikiran “Mesir salji, nanti salji cair jadi sungai, eh, nampak macam “kena” dengan hadis ni lah, buat status ah, pastu aku tulis Nabi kata wajib sebarkan kat ending”. Anda lah Maha Bodoh. SEKIAN. Shared It . maaf seribu jike terase.. sekadar peringatan untok semue..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge