Fuh! Doktor Menyambung Tangan Di Kaki Untuk Menghidupkanya

tangan di kaki

Fuh! Doktor Menyambung Tangan Di Kaki Untuk Menghidupkannya | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam hidup kita ni, kita selalu disajikan dengan kisah-kisah yang kita sangkakan mustahil untuk berlaku. Namun, ia berlaku dan kita menganggapnya pelik.

Tiada apa yang pelik apabila Allah mengkehendakinya berlaku. Korang mesti pernah tengok makhluk yang dilahirkan di luar kebiasaan seperti berkepala dua kan? Banyak dalam rekod dunia seperti Rekod Guinness yang memaparkan kisah-kisah luar biasa.

Jadi hari ni Teacher Muja nak berkongsi satu lagi kisah luar biasa sebagai koleksi, dimana ia adalah mengenai tangan seorang lelaki yang berada di kakinya. Cukup luar biasa tak?

Beberapa doktor Cina telah berjaya menyambungkan semula tangan seorang lelaki yang cedera parah selepas sebulan tangan tersebut ‘dicangkukkan’ pada buku lalinya untuk membolehkan tangan itu terus hidup. Tangan kanan Xiao Wei luka parah setelah ia tersangkut dalam sebuah mesin di tempat kerja pada 10 November.

tangan di kaki

Dia berkata,” Saya terkeju dan kaku di tempat itu, sehinggalah rakan sekerja mematikan mesin dan mendapatkan tangan saya dan membawa saya ke hospital.”

Dia dibawa ke sebuah hospital awam di Changde, di mana doktor di situ mengatakan mereka tidak akan berjaya menyelamatkan tangannya, tapi mereka berkata yang hospital serantau yang lebih besar mungkin boleh membantu.

manusia tangan di kaki

Tanpa membuang masa, seorang rakan membawanya ke Changsha yang mengambil masa selama dua jam untuk sampai. Setelah sebulan, tangan yang disambungkan di kaki itu berjaya disambungkan semula dalam sebuah pembedahan.

Kesimpulannya, tiada apa yang pelik di dalam dunia ini. Segalanya mungkin terjadi apabila Allah mahukannya terjadi. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Maka, kita sepatutnya terus mencuba seperti kumpulan doktor di atas. Perkara yang mereka lakukan memang sebuah keajaiban.

Tahniah untuk mereka. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments