Fuh! 10 Tip Jimatkan Air

Fuh! 10 Tip Jimatkan Air | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja baru sembuh demam dan terus bersemangat nak berkongsi lagi dengan korang. Hari ni tip jimatkan air pula. Teacher Muja tahu semua orang tengah seksa dengan kenaikan harga serba serbi sekarangkan?

Fakta tentang air, tiga perempat daripada bumi ini diselaputi oleh air tetapi hanya satu peratus sahaja yang boleh diminum. Malangnya, air yang boleh boleh diminum ini semakin hari semakin berkurangan dari hari ke hari dan kita sebagai penduduk di bumi ini perlulah mengambil inisiatif sendiri untuk mengurangkan penyalahgunaan air yang sedikit ini.

Jadi, mana yang kita boleh jimat, kita jimatkanlah. Ok?

Elakkan Membasuh Tangan Terus Dari Paip Air

tip jimatkan air

Untuk jimatkan air, kita perlulah elakkan membasuh tangan terus dari paip air. Apa kata penuhkan dulu satu sink dengan air sabun dan satu lagi dengan air bersih. Hal ini akan menjimatkan air yang banyak dan proses membasuh tangan juga lebih cepat dan mudah. Cubalah! 😀

Naiktaraf Peti Sejuk Di Rumah

tip jimatkan air

Berbanding dengan air panas Teacher Muja lagi suka air sejuk. Korang macam mana? Model peti sejuk yang lama menggunakan agak banyak air untuk mencapai suhu penyejukan tertentu. Pada masa kini, kita sudah boleh menaik taraf model peti sejuk ini untuk mengurangkan penggunaan air.

Ubah Kelajuan Perenjis  Air di Halaman Rumah

tip jimatkan air

Bagi mereka yang mempunyai halaman yang luas, mungkin kamu boleh mengubah kelajuan air untuk perenjis air di halaman rumah kamu. Jangan risau, rumput ada akar yang boleh cari air sendiri. Kita bagi cukup-cukup je untuk rumput dan tanaman sudah memadai.

Gunakan Mesin Pencuci Pinggan Hanya Bila Penuh

tip jimatkan air

Yang ni Teacher Muja tak de kat rumah. Kita pakai manual je. Bagi mereka yang ada mesin pencuci pinggan, elakkan menggunakannya sebelum penuh. Tunggu sekejap sehingga penuh. Percayalah. Berdasarkan pengalaman, tak tunggu lama pun untuk sinki tu penuh dengan pinggan.

Basuh Sayur Dalam Kuali Atau Bekas

tip jimatkan air

Sebenarnya, membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam kuali atau bekas dengan air adalah jauh lebih menjimatkan daripada membasuhnya terus daripada pair air. Ia menjimatkan air dengan sangat banyak yang mampu menyelamatkan jutaan manusia yang sengsara dengan kemarau di seluruh dunia.

Gunakan Paip Mandi Yang Efisien

tip jimatkan air

Gunakanlah paip mandi yang efision. Kalau paip mandi kita tu sangat ‘perlahan’ sehinggakan ia memenuhi baldi besar dalam masa kurang 20 saat, memang kita kena buat sesuatu. Sama ada perlahankan jangan ikut nafsu ataupun gantikan dengan yang lebih menjimatkan.

Siram Pokok Dengan Air Terpakai

tip jimatkan air

Simpan air yang kita dah guna untuk membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran tadi supaya kita boleh gunakannya semula untuk menyiram pokok-pokok tanaman kita. Kan dah jimat banyak tu? Tinggal kena rajin sikit je. Apa salahnya? Sambil jimat air, sambil bersenam.

Basuh Pakaian Apabila Perlu Sahaja

tip jimatkan air

Tak perlu gunakan mesin basuh selagi tak penuh, tapi jangan tekan-tekan sampai mampat pulak. Biar sedang-sedang, baru basuh. Masa basuh pun, gunakan air yang sesuai dengan jumlah baju tu. Jangan lupa tutup paip macam Teacher Muja pulak.

Tutup Plug Tub Mandi

tip jimatkan air

Rumah yang ada tub mandi idaman Teacher Muja juga ni. Nampak lengkap je sebuah bilik mandi. Tutupkan plug buang tub mandi dulu sebelum mandi. Ini akan menjimatkan banyak air berbanding mandi di bawah pair air yang mengalir.

Tidak Menggunakan Air Untuk Cairkan Makanan

tip jimatkan air

Cuba untuk cairkan makanan di bawah kipas atau dengan membiarkannya dalam suhu bilik daripada mengalirkan air. Ia bukan sahaja sihat kerana ia menghalang pembiakan bakteria malah juga menjimatkan air.

Banyak juga caranya sebenarnya. Terpulanglah kepada kita pula untuk menjadi orang yang bertanggungjawab atau orang yang tidak kisah asalkan kita sendiri hidup dengan selesa. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Fuh! 10 Tip Jimatkan Air”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge