Preview Final Piala FA 2013

Kelantan-vs-Johor-Darul-Takzim-Final-Piala-FA-2013+fuh.my_.jpg

Final Piala FA 2013

Seperti yang kita ketahui, pada malam ini bakal berlangsungnya satu pertembungan hebat merebut Piala FA 2013 dimana Kelantan Vs Johor Darul Takzim (JDT) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan yang dilihat tipis untuk menjuarai Liga Super 2013 nampaknya bekerja keras untuk menjuarai Final Piala FA 2013 ini.

Untuk Kelantan, pemenang treble musim lalu, ia akan menjadi satu peluang untuk menyelamatkan mereka daripada kempen Liga Super 2013 yang agak mengecewakan pada musim ini. Hal ini mungkin juga berkait dengan para penganalisa sukan, penyokong dan juga jurulatih pasukan meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan Kelantan FA dalam saingan Liga Super berikutan prestasi musim lalu dan ditambah pula dengan kehilangan beberapa pemain tonggak mereka yang telah berhijrah ke kelab lain seperti Azwan Roya, Mohammed Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha. Jika jurulatih Bojan Hodak tidak mampu untuk menjuarai mana-mana lima trofi pada musim ini, maka kemungkinan besar untuk beliau kekal di negeri Kelantan adalah sukar.

Bagi Johor Darul Takzim FC (JDT FC) Pula, pelaburan mereka dalam membida pemain-pemain handalan bertaraf bintang nampaknya agak mengecewakan dimana mereka sudah hampir pasti hilang kejuaraan Liga Super 2013 dan ini membuatkan mental Fandi Ahmad dan anak didiknya sedikit hilang dan memnberi tekanan kepada mereka. Ini mungkin dapat menjejaskan aksi Final Piala FA 2013 mereka dari segi Psikologi.

Walaubagaimana pun, Fandi Ahmad dilihat lebih merisaukan mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada malam ini dimana pemain tonggak utamanya seperti Aidil Zafuan yang digantung perlawanan tidak akan berksi pada malam ini.

Kebarangkalian Pemain Final Piala FA 2013

Kelantan FA
Khairul Fahmi
Jamaluddin – Nik Shahrul – Obinna – Zairul
Subri – Badhri (c) – Shakir – Zamri
Indra – Nwakaeme

Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013, FA Cup Final 2013, Kelantan Vs JDT piala FA akhir, Live Stream, Keputusan Final Piala FA 2013

Johor Darul Takzim (JDT FC)
Al-Hafiz
Ramli – Tharmini – Kamarul – Nazri
Ezrie – Safiq (c) – Andrezinho – Roya
Nunez – Norshahrul

Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013, FA Cup Final 2013, Kelantan Vs JDT piala FA akhir, Live Stream, Keputusan Final Piala FA 2013

Sedikit Fakta. Tahukah Anda??

  • Pada musin ini JDT memegang rekod tanpa kalah menentang Kelantan iaitu seri 1-1 di Kota Bharu dan menang 2-0 di Larkin
  • Presiden Persatuan Bolasepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menghadiahkan kereta Audi Q7 kepada 2 pemain terbaik JDT sekiranya mereka menang menentang Kelantan
  • Dalam 2 tahun, Ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan Piala FA
  • Kelantan telah hampir pasti melupakan kejuaraan Piala FA sebelum Obinna Nwaneri menjaringkan gol pada minit ke 95 ketika Kelantan Vs Terengganu Separuh Akhir Piala FA 2013
  • Pada tahun lalu, Kelantan telah menjuarai Piala FA dengan kemenangan 1-0 keatas Sime Darby FC berbekalkan gol yang dijaringkan melalui penalti oleh Ghaddar

Good Luck buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan Final Piala FA 2013 ini!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Preview Final Piala FA 2013”

  1. Mohd Helmi says:

    Ramalan saya malam ini, Kelantan 3 – 1 Johor DT. 🙂
    Mohd Helmi recently posted…Bola Sepak MalaysiaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kalo dapat pa2 kalo bet gol nie haha
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      haha apa kena mengena tido ngan bola
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    2. kucinghitam says:

      oooo sure xminat bola nie xlayan tdo la apa lg
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. kucinghitam says:

    bagus la orang nie peminat bola
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      semua poyo
      kucinghitam recently posted…HUKUMAN SEBAT BAGI PASANGAN GAYMy Profile

  3. kucinghitam says:

    boroi jer bju biru tue
    kucinghitam recently posted…HUKUMAN SEBAT BAGI PASANGAN GAYMy Profile

  4. It’s rather a nice beneficial section of data. I am just pleased that you distributed this useful information along with us. Be sure to keep us informed like that. We appreciate you sharing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge