Filem Abang Long Fadil 2014

Tonton Online Filem Abang Long Fadil 2014. Filem Abang Long Fadil merupakan filem kedua arahan anak muda berbakat besar saudara Syafiq Yusof

ABANG LONG FADIL

Filem Abang Long Fadil ini merupakan filem kedua arahan anak muda berbakat besar saudara Syafiq Yusof iaitu anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Syafiq mula bergelar seorang pengarah ketika usianya 18 tahun dengan karya sulungnya SAM (2012). Kini Syafiq muncul kembali dengan karya keduanya, ABANG LONG FADIL di usia 21 tahun.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 29 Mei 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pengarah: Syafiq Yusof
Pelakon: Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Soffi Jikan, Syamsul Yusof, Aaron Aziz

Trailer Filem Abang Long Fadil

Sinopsis Filem Abang Ling Fadil

ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”. Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya

Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?

Ulasan Dr Fuh berkenaan Filem Abang Long Fadil 2014

 

 

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments