Feri Karam Di Korea – Pen Pengetua Yang Selamat Ditemui Mati Gantung Diri

Feri Karam Di Korea - Pen Pengetua Yang Selamat Ditemui Mati Gantung Diri. Polis di pulau Jindo berkata mayat Kang Min-Kyu yang berusia 52 tahun ditemui

Feri Karam Di Korea – Pen Pengetua Yang Selamat Ditemui Mati Gantung Diri | Semalam admin fuh.my ada berkongsikan beberapa berita tentang feri karam di Korea. Terbaru, diberitakan seorang warga korea iaitu Penolong Pengetua sebuah sekolah tinggi yang berjaya diselamatkan dari kejadian feri karam tersebut ditemi mati gantung diri.

Polis di pulau Jindo berkata mayat Kang Min-Kyu yang berusia 52 tahun ditemui berdekatan sebuah gimnasium di mana keluarga 268 mangsa yang masih hilang ditempatkan.

“Punca kematian masih disiasat,” kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan polis berkata mangsa ditemui menggantung diri di sebuah pokok.dipercayai membunuh diri.

Seramai 475 orang berada di dalam feri tersebut sewaktu ia karam pada pagi Rabu, 352 orang daripadanya ialah pelajar Sekolah Tinggi Danwon di Ansan selatan Seoul.

Mereka dalam perjalanan untuk bercuti di destinasi percutian popular di pulau Jeju.

Penolong pengetua itu merupakan salah seorang daripada 179 orang yang berjaya diselamatkan. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments