Fenomena Hujan Meteor Perseid Dijangka Berlaku Malam Ini

hujan-meteor-perseid.jpg

Fenomena Hujan Meteor Perseid Dijangka Berlaku Malam Ini | Actually semalam Dr Fuh ada terbaca berita mengenai Fenomena Hujan Meteor Perseid di Malaysia ni. Tapi terlupa nak update. Baru harini teringat. Tapi masih belum terlewat kerana ini dijangka berlaku pada jam 11 malam ini sehingga awal subuh esok. Ikuti laporan penuh dari bernama.

Fenomena Hujan Meteor Perseid

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada angkasa dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini (12 Ogos 2013) sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Fenomena Hujan Meteor Perseid, gambar hujan meteor perseid, Hujan Meteor di Malaysia, Fenomena pancuran meteor Perseid, buruj Perseus

Gambar Hujan Meteor Sekadar Hiasan

“Bagi pancuran meteor Perseid (Perseid Meteor Shower) , ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Fenomena Hujan Meteor Perseid, gambar hujan meteor perseid, Hujan Meteor di Malaysia, Fenomena pancuran meteor Perseid, buruj Perseus

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama

Dr Fuh – Wah. Harap-harap betul lah ramalan dan kajian oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) ni. Tak sabar Dr Fuh nak tengok. Boleh snap gambar. Nanti kalau benar-benar berlaku Dr Fuh akan update gambar hujan meteor perseid ni ye. Nantikan! Tapi kalau ramalan atau kajian ni tidak benar, harap maaf lah ye 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Fenomena Hujan Meteor Perseid Dijangka Berlaku Malam Ini”

  1. Rekod Hujan Meteor Perseids
    Difahamkan Meteor Perseids ini berlaku saban tahun, apa yang menariknya yang penulis membuat research dilaman wikipedia ianya hanya berlaku pada bulan Ogos sahaja. Dan yang paling jelas ataupun yang paling aktif di rekodkan adalah pada tahun 1972 dan juga pada 12 Ogos.
    silence blogz recently posted…Hujan Meteor PerseidsMy Profile

    1. tahun tarikh dijangka Tarikh berlaku
      2010 23 Julai – 24 Ogos 12 Ogos
      2009 14 Julai – 24 Ogos 13 Ogos
      2008 25 Julai – 24 Ogos 13 Ogos
      2007 19 Julai – 25 Ogos 13 Ogos

      lihat Allah Maha besar… tarikhnya sama je… paling tidak pun hampir-hampir
      silence blogz recently posted…Hujan Meteor PerseidsMy Profile

  2. sebelum terlupa.. Hujan meteor perseids yang paling aktif di rekodkan adalah pada
    12 Ogos 1972 dan cuba lihat keterangan yang saya beri di atas..
    Subhanallah … maha suci Allah….
    tarikhnya cuma 12 – 13 Ogos setiap tahun…

    kebesaran Allah tiada tandingannya…
    p/s: betulkan jika saya salah..
    silence blogz recently posted…Hujan Meteor PerseidsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge