Farid Kamil Kemalangan Jatuh Motosikal Terpaksa Rehat Seminggu

farid.jpg

Farid Kamil Kemalangan Jatuh Motosikal Terpaksa Rehat Seminggu

Farid Kamil Kemalangan Jatuh Motosikal Terpaksa Rehat Seminggu | PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari, 32, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian bahu kiri akibat terjatuh daripada motosikal pada Sabtu lalu.

Jurucakap pihak pengurusan Metrowealth berkata, pelakon tersebut sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak teruk dan selepas pembedahan kecil semalam (Isnin) dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

“Kecederaan bahu kiri itu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambahnya, Farid turut diberi rehat selama seminggu daripada sebarang penggambaran sementara laporan mengatakan bahunya patah adalah tidak benar.

“Farid kini sedang sibuk dengan drama Jodoh Itu Milik Kita terbitan Astro dan dia terpaksa rehat selama seminggu atas nasihat doktor.

“Insya-Allah dia akan pulih sepenuhnya beberapa hari lagi kerana kemalangan itu tidak terlalu teruk,” katanya.

Pelakon Lagenda Budak Setan itu dilaporkan terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya di sini.

Dia mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh sehari selepas kejadian kerana mengalami sakit pada bahu kiri. – mStar

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Farid Kamil Kemalangan Jatuh Motosikal Terpaksa Rehat Seminggu”

  1. sayidah says:

    semoga cepat sembuh.aminnn
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  2. afif says:

    EH,fuh,my dah pakai wordpress..baru perasan..hehe
    afif recently posted…Perangkap Magis WTF PelaBuran HartanahMy Profile

  3. pergh!!! padan lah kan…
    Potia Casadelarossa recently posted…PUNCA KEMUSNAHAN TUJUH (7) KEAJAIBAN DUNIA PURBAMy Profile

  4. Que Achmad says:

    teruskan usaha anda. Abe akan support sokmo, insyaAllah

  5. Teruskan Fuh! Teruskan berjaya! 🙂
    Thaqif Abd Aziz recently posted…Assignjobs Semakin Berkembang Di MalaysiaMy Profile

  6. semoga cepat sembuh <——- bukan dia baca pun klw aku wish ke dia hahahahha ada aku kesah??

  7. Refugio says:

    This paragraph is genuinely a nice one it helps new the web users, who are wishing for blogging.

  8. erk betul ke wife dia dah give birth???

    1. Ummar Farouk says:

      Tidak pastilah pulak, dia kata salah, mak dia pulak kata betul… Confius…
      Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

  9. Ummar Farouk says:

    Farid Kamil dah biasa buat aksi stunt dalam filem. Kalau setakat jatuh motor pun takde masalah bagi dia. Tengok muka dia, jenis rileks dan selamba… Baru nampak macho… Hehe…
    Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

  10. kucinghitam says:

    baru jatuh moto dh mc seminggu hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge