FAM Berikan Kemenangan 3 – 0 Kepada JDT

FAM Berikan Kemenangan 3 - 0 Kepada JDT. Datuk Hamidin mengumumkan Johor Darul Takzim (JDT) diberi kemenangan 3-0 ke atas T-Team dan mara ke suku akhir.

FAM Berikan Kemenangan 3 – 0 Kepada JDT  | Seperti yang kita semua tahu, beberapa hari lepas berlaku insiden antara pemain bola dari pasukan JDT dan pasukan T TEAM, insiden yang melibatkan ramai orang. Admin tidak mahu memberikan sebarang spekulasi takut ada tersalah cakap, yang admin terbaca FAM Berikan Kemenangan 3 – 0 Kepada JDT. Apa apa pun jom baca berita penuh :

FAM Berikan Kemenangan 3 – 0 Kepada JDT

PETALING JAYA: Selepas hampir lima jam bersidang, akhirnya keputusan mengenai perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada Khamis.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi kemenangan 3-0 ke atas T-Team dan mara ke suku akhir.

“Kami membuat pertimbangan dalam semua perkara yang berkaitan, memangil semua pihak termasuk kedua-dua pasukan (JDT dan T-team), pengadil, pegawai perlawanan dan juga pegawai penyelaras.

“Setelah mengambil kira semua keterangan dan laporan temuduga yang dibuat dari pagi hingga petang ini (Khamis), kami sebulat suara membuat keputusan ini,” jelasnya selepas mesyuarat tersebut.

Hamidin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan peraturan pertandingan Liga Malaysia (Liga M) 2013/16, mengikut para 4.12.15(b) menarik diri, gagal bermain.

“Keputusan yang dibuat oleh T-Team itu bukan kebenaran pengadil walaupun mereka telah dipanggil untuk menyambung permainan, tetapi sebalik berlaku.

“Hanya pengadil yang berhak untuk membuat keputusan sama ada terus bermain ataupun tidak,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah tidak mengulas lanjut mengenai insiden pergaduhan di terowong seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Namun begitu, apa yang berlaku di terowong itu, kita telah meminta pihak sekretariat untuk membuat siasatan secepat mungkin.

“Jika ada kes, kita akan membawa ke jawatankuasa tatatertib.

“Walaupun perkara itu dalam siasatan pihak polis, kita juga akan menyiasat mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya Affendi.

Manakala Hamidin turut menambah bahawa FAM tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terbukti ada kes di terowong itu.

Sebagai rekod, perlawanan pusingan kedua Piala FA antara JDT menentang T-Team di di Stadium Tan Sri Haji Yunos, Johor Baru tertangguh dengan kedudukan skuad Harimau Selatan mendahului 2-1 apabila pasukan pelawat mendakwa seorang pemain dan jurulatih kecergasannya dikasari pegawai tuan rumah.

Pusingan suku akhir pertama dan kedua akan berlangsung pada 11 dan 18 Februari ini.

Sumber

Ada pendapat anda tentang keputusan yang telah diberikan oleh FAM ?

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments