Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

gigi jerung

Fakta Jarang Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja pasti yang kita semua mesti takut bila menonton filem Jaws terutamanya semasa kali pertama. Sebab utamanya mestilah jerung itu sendiri.

Namun begitu, adakah kamu tahu jenis buruan yang dicarinya? Kenapakah jerung sangat suka meragut nyawa manusia? Di bawah adalah fakta tentang jerung yang pastinya ramai antara kita tidak ketahui. Lepas tahu fakta jerung ini, mungkin pandangan kamu terhadap jerung mungkin akan berubah. Mana tahu ada yang nak pelihara jerung ke lepas ni. Kah3

Jerung Tidur Dengan Sebelah Mata Terbuka

jerung tidur

Teacher Muja boleh cakap yang fakta paling menakutkan tentang jerung adalah jerung sentiasa merenung dan melihat mangsa walaupun semasa jerung tidur! Perghhh! Tidur pun jerung tak biarkan mangsanya begitu sahaja. Tetap diperhatikan sepanjang masa.

Jerung Boleh Makan Apa-apa Sahaja

jerung makan

Jerung diketahui mampu untuk memakan apa-apa sahaja daripada sekotak paku hinggalah beberapa botol wain. Tetapi jerung tidak boleh makan ikan yang dinamakan sole kerana ikan itu akan melepaskan bahan kimia yang membuatkan jerung melepaskan ikan itu selepas menelannya.

Jerung Tidak Mempedulikan Anak-anaknya

anak jerung

Jerung betina akan bertelur dalam tempat yang selamat tetapi jika anak-anaknya dilahirkan di dalam jerung itu, anak jerung hanya akan dipedulikan sehingga mereka dilahirkan sahaja. Selepas itu, mereka terpaksa hidup atas diri sendiri.

Umur Jerung Panjang

jerung yang mesra

Bermula daripada 7 inci hinggala ke 40 kaki, terdapat lebih kurang 400 spesis jerung dalam dunia. Mereka hidup selama tahun secara purata walaupun terdapat juga antara jerung yang terus hidup sehingga seratus tahun.

Jerung Hanya Menyerang Semasa Lapar

jerung yang lapar

Jerung biasanya akan tinggal hampir 6000 kaki hingga 10 000 kaki di bawah permukaan air, menyebabkan tiada ancaman yang mengejut. Jerung hanya datang ke kawasan air cetek untuk mencari makanan dan mereka rasa terancam. Kalau tidak, jerung lebih sukakan kehidupannya di laut dalam.

Daya Hidu Jerung Sangat Hebat

jerung ngeri

Jerung mempunyai daya bau yang sangat kuat. Sangat kuat sehingga seekor jerung boleh menghidu bau satu bahagian darah daripada 100 bahagian air yang mungkin menjadi penyebab kenapa sangat mudah bagi untuk menarik perhatian seekor jerung dengan darah.

Kulit Jerung Tidak Dinamakan Sisik

kulit ikan jerung

Jerung mempunyai kulit yang sangat tebal dan boleh tumbuh setebal 10cm. Pada suatu masa dulu, kulit jerung digunakan sebagai kertas pasir kerana ia sangat kasar. Kulit tebal ini melindungi jerung daripada serangan dan ia dipanggil ‘denticles’, bukan sisik.

Gigi Jerung Sentiasa Tumbuh

gigi jerung

Gigi jerung sentiasa akan tumbuh semula walaupun selepas semua giginya sudah tercabut. Bukan itu saja, jerung juga mempunyai kebolehan menggerakkan kedua-dua geraham atas dan bawahnya. Gigi yang baru tumbuh biasanya adalah paling besar dan paling berbahaya!

Seramkan tengok gambar jerung ni? Teacher Muja tak dapat nak bayangkan kalau ditakdirkan berjodoh dengan jerung ni. Mungkin ‘beliau’ akan menjadi makhluk terakhir Teacher Muja mampu tengok di dunia. Kih3. Apa-apa pun, jerung ni makhluk Allah SWT. Kita tidak boleh membencinya. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments