Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan | Anak patung Barbie memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak perempuan di seluruh dunia. Ia bukan sahaja mejadi kegilaan kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terkecuali sehinggakan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan raut wajah dan tubuh badan seperti patung Barbie. Zyra sendiri  pernah mempunyai 8 ‘ekor’ patung Barbie yang telah selamat dipindahmilik kepada anak-anak saudara, hehe. Sebagai sebuah ikon, Barbie juga tidak dapat lari dari pelbagai kontroversi. Berikut adalah beberapa fakta Barbie yang agak mengejutkan.

Karakter Barbie diambil dari karakter lucah sebuah buku komik?

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Bild Lilli (kiri) 1955 dan Barbie (kanan) 1959

Sebelum ia menjadi sahabat karib kanak-kanak perempuan, Barbie mungkin adalah mainan terakhir yang diingini oleh ibubapa untuk menjadi peneman anak-anak mereka, mengapa? Kerana karakter Barbie adalah diolah daripada sebuah karakter komik, Bild Lilli, yang bercita tinggi, seksi dan sering bercakap mengenai seks. Pendek kata, tiada satu pun personaliti Lilli yang sesuai buat kanak-kanak perempuan.

Mattel Inc., sebuah syarikat pengeluaran mainan, telah berjaya mengambil hak dari pereka Lilli, O&M Hausser dan mula mengubah karakter dan peribadi Lilli menjadi Barbie, yang lebih mendapat penerimaan daripada ibubapa dan kanak-kanak, serta berpengarauh dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ni.

Barbie pernah didatangkan berserta penimbang yang disetkan pada berat 50KG dan sebuah buku diet yang hanya bertulis ‘Don’t Eat‘ (Jangan Makan)

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Pada tahun 1965, Mattel Inc. telah mengeluarkan Slumber Party Barbie yang didatangkan bersama buku ‘How to Lose Weight’ yang mengetengahkan mesej ‘jangan makan’! Bersama buku kontroversi tersebut, didatangkan juga sebuah penimbang berat badan yang disetkan secara kekal ke angka 50KG

Kita sudah sedia maklum bahawa bentuk badan Barbie adalah sesuatu yang mustahil untuk dimiliki, namun ia menjadi kayu ukur bagi kebanyakkan wanita untuk menilai diri mereka sendiri. Remaja perempuan harini cenderung untuk mengikut panduan Barbie dalam menjaga susuk tubuh dan arahannya supaya tidak makan untuk kekal langsing. Ramai yang menyalahkan Barbie atas peningkatan kes masalah pemakan seperti anorexic dalam kalangan remaja perempuan pada harini.

Barbie dan Ken merupakan nama anak-anak kepada pereka mereka, Barbara dan Kenneth!

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Ruth Handler merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berasal dari Denver yang memulakan pemasaran Barbie pada tahun 1959. Pada waktu itu, anak patung kertas sangat popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan Amerika. Ketika di Jerman, Handler terjumpa sebuah patung dalam acuan berbentuk 3D. Dari situ, timbul inspirasinya untuk memulakan anak patung versinya yang tersendiri di Amerika. Beliau menamakan koleksi anak patung tersebut bersempena dengan nama anaknya, Barbara.

Manakala, teman lelaki Barbie, Ken, dinamakan sempena nama anak lelaki Handler, Kenneth. Anak patung Barbie telah membawa syarikat Mattel ke persada antarabangsa. Mattel pada asalnya adalah sebuah syarikat bingkai gambar yang dimulakan oleh suami Handler. Handler kemudiannya menjadi teraju utama dan berkuasa sepenuhnya ke atas syarikat tersebut sehingga ke akhir hayatnya dan meninggal dunia pada tahun 2002.

Pada tahun 1970-an, sebuah patung Barbie yang dapat membesarkan payudara telah dikeluarkan!

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Anak patung di atas, Growing Up Skipper, telah dilancarkan pada tahun 1975 dan telah mengundang pelbagai kontroversi. Anak patung ini merupakan ‘adik bongsu’ kepada Barbie, yang dapat ‘melalui’ tempoh akil baligh secara automatik dengan memutarkan tangan kirinya (dan kembali ke bentuk asal dengan memutarkan tangan itu semula). Selain payudaranya yang dapat membesar, Skipper juga akan menjadi lebih tinggi dan saiz pinggangnya akan mengecil. Pengeluaran anak patung ini ditamatkan pada tahun 1977 ekoran kontroversi yang melanda.

Barbie juga dapat hamil dan melahirkan bayi

Fakta Patung Barbie Yang Mengejutkan

Memang Barbie dicipta untuk menyerupai manusia sehinggakan turut dapat hamil dan melahirkan bayi! Midge, rakan kepada Barbie merupakan seorang ‘isteri’ dan mempunyai keluarga yang bahagia. Akan tetapi Midge mengundang kontroversi hebat apabila dikatakan menggalakkan remaja mengandung akibat terlanjur selain tidak sesuai dijadikan mainan untuk kanak-kanak yang masih mentah.

Barbie pun macam selebriti lain, banyak betul kontroversi yang melingkari kitaran hidup mereka 😀

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments