Fakta 8 Kes Pembunuhan Kejam Yang Misteri Di Malaysia

pembunuhan-kejam.jpg

Fakta 8 Kes Pembunuhan Kejam Yang Misteri Di Malaysia | Boleh dikatakan selalu sahaja kes pembunuhan berlaku di negara kita. Kes pembunuhan melibatkan nyawa tidak kiralah sama ada ia berlaku ke atas lelaki mahupun wanita. Di bawah ini terdapat lapan kes pembunuhan paling kejam yang dianggap misteri berlaku di Malaysia. Rata-rata daripadanya meninggalkan banyak persoalan terutama siapakah pembunuh sebenar, mengapakah ia membunuh dan lain-lain lagi.

 1.  Mona Fendy – 23 Julai 1993

kes pembunuhan kejam

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000

kes pembunuhan kejam

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.

Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.

3. Pembunuhan Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003

kes pembunuhan kejam

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.

4. Pembunuhan mendiang Canny Ong – 18 Jun 2003

kes pembunuhan kejam

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

5. Altantuyaa Shaariibuu – 27 November 2006

kes pembunuhan kejam

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007

kes pembunuhan kejam

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.

7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya – 30 Ogos 2010

kes pembunuhan kejam

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

8. Nurul Nadirah (Dirang) – 1 March 2012

kes pembunuhan kejam

Dibunuh dan dibakar sehingga rentung dalam Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Sumber

Dr Fuh – Semoga kita dijauhkan dari sebarang mala petaka dan dilindungi olehnya. Jom sama-sama kita berdoa kepadanya

pembunuhan kejam

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bala, jurang kesengsaraan, buruknya nasib dan cemuhan lawan.”

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

26 thoughts on “Fakta 8 Kes Pembunuhan Kejam Yang Misteri Di Malaysia”

  1. Nyawa manusia dah x berharga dah 🙁

    1. Kesemua lapan kes di atas memang mengerikan terutamanya kes Mona Fandey tu.. Pernah sekali saya menulis kisah perjalanan hidup Mona Fendy dalam blog saya. Saya buat research dari mula kisah hidup sehinggalah arwah dihadapkan ke tali gantung. Tapi, malam saya nak publish kisah tu, tak tahu kenapa tetiba bulu roma saya meremang.. Saya pun apa lagi, cepat2 saya delete balek kisah yg telah saya buat research berhari2 tu… Seram Dowh!

    2. kucinghitam says:

      yup dah macam nyawa ikan yg boleh dibeli kat kedai ikan ja sekarang nie
      kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  2. onlajer says:

    yang mona fendy tu siap ada keluar bukunya
    onlajer recently posted…Melayu BolehMy Profile

    1. onlajer says:

      wei bila masa kau pakai wp ni ha
      onlajer recently posted…Melayu BolehMy Profile

      1. Dr Fuh says:

        wakakakka..dah lama la..tu la ko jarang singgah blog aku :p
        Dr Fuh recently posted…Kisah Benar Ibu Ini Sanggup Jual 4 Anak Untuk Menyara HidupMy Profile

        1. onlajer says:

          cis gua kena balik da habis tu yang blogger punya ada lagi ke tak
          onlajer recently posted…Melayu BolehMy Profile

          1. Dr Fuh says:

            dah xde..google jeles dia delete..wakakaka

    2. kucinghitam says:

      filem dukun adaptasi dari hidup dia pun kena banned xleh nak tayang
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Setiap orang ada sejarahnya masing-masing…
    Ummar Farouk recently posted…[GEMPAR] Kemenangan Para Mujahidin yang Sungguh Luar Biasa!My Profile

    1. kucinghitam says:

      memang la kita yg mencorakan diri kita
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  4. babycomel says:

    moga lepas ni tak ada lagilah cerita2 bunuh begini kan
    babycomel recently posted…Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10My Profile

    1. kucinghitam says:

      susah selagi nama pun manusia selagi tu kes bunuh nie ada
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  5. aryie says:

    Altantuya kene boM dkt KG BUDIMAN kan?

  6. Woww Dot My says:

    macam-macam dunia sekarang..tapi yg nie kat Malaysia..hurmm
    Woww Dot My recently posted…Review Filem Man Of SteelMy Profile

    1. kucinghitam says:

      paling kejam budak2 la kesian xsempat besar dh kena bunuh kesian mak diorg
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  7. nabila biela says:

    kes atlantuya tu ditutup tanpa ada bukti kukuh…wuuu
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kes profil tinggi biasa la akak kes liwat anuar dok buka ja sampai naik meluat asal anuar ja kes liwat pastu ada jer mangsa liwat macam anuar tu kuat sangat
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

    2. nano says:

      xpe kak mlaysia masih aman damai harmoni (puiiiiiiiiiiiihhhhhh)

  8. World WarZ says:

    Bila seorang individu dibunuh dengan kejam kelihatan sadis ..
    Tapi bila sekumpulan manusia dibunuh beramai ramai dengan kejam tampak biasa biasa dan macam kurang sadis. Sedangkan disebalik pembunuhan tersebut banyak jiwa yang akan sengsara sedih hiba derita kerana kelihangan suami, isteri, anak, ibu, ayah, adik kakak atok, nenek sanak saudar sahabat handai atau guru kita atau kenakan yang berjasa atau mungkin sesiapa sahaja yang akan beri kesan ingatan sepanjang hayat.

    Seorang individu yang mati dibunuh digelar sadis dan kejam tetapi apabila 1000 jiwa yang mati dibunuh dipanggil sejarah.
    Pigi dahh.. hahaha…

    1. kucinghitam says:

      diornag kalo nak bunuh memang xnmpak betul salah dh pun nmak nak bunuh ja
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  9. Mintak jauh!!
    Jobs in Malaysia recently posted…Graphic Designer Pereka GrafikMy Profile

  10. kucinghitam says:

    manusia semakin xberhati perut sekarang nie
    kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge