Fakta 10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak

otak.jpg

Fakta 10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak | Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Antara Fakta 10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak :

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sumber

Dr Fuh – Haa, mesti ada salah satu yang terkena pada korang kan? Takpe la, kita dah berumur, otak pon payah dah nak berkembang. Kepada yang ada anak tu didik lah anak dari kecil supaya mereka tidak mlakukan perkara-perkara ini. Yang mana belum ada anak tu nanti dah ada anak buatlah perkara yang sama. In Shaa Allah.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

17 thoughts on “Fakta 10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak”

  1. menjadi seorang blogger kena sentiasa aktif berfikir… jadi sila elakkan dari semua perkara tersebut kalau nak jadi blogger terbaik. Sebab Otak sangat penting untuk berfikir
    lekatlekitgurl recently posted…PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKAMy Profile

    1. betul tu..otak blogger selalu kena ligat berputar nak cari idea..perah otak sampai kerign kontang
      blogger lelaki recently posted…Edisi Jumaat : Berdosanya Seorang Lelaki Jika….My Profile

    2. kucinghitam says:

      xjugak kak sbb saya tengok blogger yg copy paste banyak jer so dia org xpyh nak pk pun just tiru ja
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  2. vcore says:

    nice info…..

  3. Aman MatNor says:

    otak pon perlukan rehat~~~
    Aman MatNor recently posted…[WANTED] Bisnes Online Paling BERBALOI 2013!My Profile

  4. ijat says:

    Nk tambah…
    Selalu tgk mnde2 mnde lucah/haram pun bulek rosak otak. Beringatlah…
    Jgn kita suka sesuatu yg haram kerana kita akan mula benci dgn perkara yg halal bila terbiasa dgn yg haram.

  5. World WarZ says:

    Fakta no 1 aku kurang setuju sebab pada bulan ramadan kita wajib berpuasa sebulan penuh. Maka bukan sahaja bersarapan malah kita langsung tidak ada mengambil apa apa makanan dan minuman untuk sepanjang hari dan tentu perkara ini bertentangan dengan suruhan Allah kalau andai itu tepat.

    Ingat sebagai Muslim kita bukan diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan sahaja malah juga kita dianjurkan supaya selalu berpuasa sunat.
    Dan adakah kita melihat akan kebenaran diseluruh dunia bahawa umat Islam itu lemah otaknye kerana dianjurkan berpuasa oleh agama sedangkan sejarah dan fakta menunjuk orang Islam itu sama bijak dan genius dengan bangsa bangsa lain dibumi ini.

    1. budak says:

      sebab tu laa kne sahur…

  6. amir zahari says:

    letak tangan atas muka tu mcm dh jd tebiat.. kadang2 itu merupakan antena untuk berfikir atau berimaginasi..hahahaha

  7. cik Ain says:

    thanks for sharing…
    info yang bergunaa….

  8. Alhamdulillah. Saya xtergolong daripada Fakta2 tu…
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  9. Intan Dayani says:

    Diakui semua fakta tu..kadang rasa kenape aku da kurang produktif skrg sdgkan aku muda lagi

  10. hadifahmy says:

    byk berimaginasi blh mencerdaskan otak la?
    hmm..

  11. Ezad Skytech says:

    nombor satu tu la yang ramai orang selalu skip…betapa pentingnya sarapan pagi…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  12. kucinghitam says:

    apapun pandai2 la jaga anugerah ALLAH yg berharga nie xsusah pun
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge