Fadhilat Doa Sebelum Makan

Fadhilat-Doa-Sebelum-Makan.jpg

Fadhilat Doa Sebelum Makan | Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, dari sudut bahasa bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.

a. Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Kita dinasihatkan mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah s.w.t., kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan. Umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.

b. Oleh itu, kita disarankan agar membaca doa sebelum makan yang berbunyi begini: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka).

c. Di samping itu kita juga disaran membaca “Bismillah” sebelum menjamah makanan. Memulakan makan atau minuman dengan membaca “Bismillah” dapat mengingatkan seseorang kepada Allah s.w.t. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang. Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Fadhilat Doa Sebelum Makan”

  1. cik Ain says:

    buat apa2 pun tak salah kalau dimulakan dengan Bismillah..
    info yang berguna…

  2. minta berkat rezeki kita untuk dijamah
    blogger lelaki recently posted…Lelaki Idaman WanitaMy Profile

  3. vcore says:

    nice sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge