Etika Pakaian Untuk Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah

Etika Pakaian Untuk Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah. orang ramai yang ingin memberi penghormatan kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah

Etika Pakaian Untuk Ziarah Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah | Seperti yang diketahui umum, pada jam 1.30 petang tadi telah diumumkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah esok perlu mematuhi beberapa garis panduan berpakaian.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci.

Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit nkain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri.

Sementara itu, perempuan Islam pula perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam.

Perempuan bukan Islam pula hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri.

Penghormatan terakhir oleh orang ramai diadakan mulai 11 pagi hingga 2 petang esok di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari tadi. Almarhum berusia 86 tahun.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012. – Bernama

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments