Enot Tabah Hadapi Kanser Usus Tanpa Suami

Enot Tabah Hadapi Kanser Usus Tanpa Suami

Enot Tabah Hadapi Kanser Usus Tanpa Suami | Pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akui dia terpaksa tabah menghadapi penyakit kanser usus tahap dua tanpa insan yang bernama suami.

Enot berkata kini anak-anaknya sahajalah yang menjadi pemangkin semangatnya untuk melawan penyakit itu dan bangkit untuk teruskan hidup seperti biasa selepas bercerai.

“Sebenarnya saya tak suka nak menghebahkan atau mewar-warkan mengenai perkara ini tetapi bila wartawan tanya saya terpaksa beritahu.

“Alhamdulillah, sekarang ini saya dapat melawan penyakit itu sikit demi sikit dengan melakukan perubatan tradisional, kerana bagi saya biar lambat asalkan tidak melakukan perubatan moden seperti pembedahan.

“Saya hidap penyakit ini sejak setahun yang lalu dan saya akui anak-anaklah yang memberikan semangat untuk saya teruskan hidup mencari rezeki membesarkan mereka sejak bercerai kali kedua.

“Malah, mereka cukup risau meningalkan saya keseorangan di rumah kerana saya sering jatuh pengsan. Mereka cukup takut bila saya jatuh sakit,” katanya

Enot pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7.

Sementara itu, Enot memberitahu dia kini selesa hidup sebagai ibu tunggal bersama anak-anak tanpa suami dan serik untuk berkahwin lagi.

“Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

“Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik,” luahnya lagi.

sumber : murai.com

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments