Empat Sahabat Mati Lemas Di Melaka

mati-lemas-di-sungai-melaka.jpg

Empat Sahabat Mati Lemas Di Melaka | Innalillah. Satu berita sedih Dr Fuh dapat awal pagi ini apabila 4 sahabat iaitu berumur dalam lingkungan tujuh hingga 12 tahun meninggal dunia akibat lemas di Sungai Melaka. Jom baca laporan penuh yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Empat Sahabat Mati Lemas Di Melaka

MELAKA –  Empat rakan ditemui mati lemas ketika bermain di tebing Sungai Melaka, berhampiran Taman Seri Krubong, Krubong di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa dipercayai tergelincir, lalu terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan pasangan adik beradik, Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohd Hazimi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka, Athafis Amin, 10, dan Radziatul Nadia Rosman, 12.

Difahamkan, ketika kejadian, mereka bersama empat lagi rakan kanak-kanak lain iaitu Huzaimi Abdul Rahim, 11, serta adiknya Sarah Abd Rahim, 9, Atamizi Amin, 8, dan Hanis Humaira Fadzli, 6, dikatakan bermain di tebing sungai berkenaan.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat sebaik saja menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, seramai sebelas anggota unit penyelam dari Balai Bomba Jalan Kubu turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang.  Mayat Hazimi ditemui penduduk kira-kira 5.50 petang. Seminit kemudian adiknya, Hanis Balqis ditemui.

Empat Sahabat Mati Lemas Di Melaka. Empat rakan ditemui mati lemas ketika bermain di tebing Sungai Melaka, berhampiran Taman Seri Krubon.

“Sementara dua lagi, Athafis dan Radziatul ditemui anggota bomba masing-masing pada jam 6.01 dan 6.02 petang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, datuk kepada Hazimi dan Hanis Balqis, Ismail Hamid, 60, berkata, dia terkilan kerana kedua-dua cucunya pergi serentak di sungai berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Taman Seri Krubong Fasa 2, dekat sini.

“Sebelum ini, saya pernah nasihat mereka supaya tidak bermain di sungai itu,” katanya.

Ibu Radziatul, Norizan Zainal, 40, pula terkejut apabila mendengar kejadian tersebut daripada rakan anaknya yang tinggal berhadapan rumahnya.

“Saya baru balik dari membeli mi di Taman Merdeka. Terkejut bila diberitahu kejadian ini, lalu saya terus pergi ke sungai,” katanya.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng, di sini, malam tadi. – Sinat Harian

Dr Fuh – Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa. Takziah kepada keluarga mangsa. Kepada para ibu bapa, kawallah pergerakan anak-anak anda. Semoga perkara ini dijauhkan dari keluarga kita semua. Al-Fatihah

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Empat Sahabat Mati Lemas Di Melaka”

  1. Info Laju says:

    Takziah pada keluarga mangsa
    Info Laju recently posted…Punca Empat Kanak-Kanak Mati Lemas Cari KepahMy Profile

  2. Paly says:

    al fatihah..
    Paly recently posted…Siap hias blogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge