Edisi Muntah Kuning – Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran

edisi-muntah-kuning-1.jpg

Edisi Muntah Kuning – Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran | CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.

Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.

Edisi Muntah Kuning - Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.

Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.

“Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.

“Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.

“Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik,” ujarnya.

Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.

Edisi Muntah Kuning - Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran

“Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.

“Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya,” jelasnya.

Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.

Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.

Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.

Edisi Muntah Kuning - Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran

beliau juga menjadikan air kencing sebagai ubat gigi. ewww!

Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.

“Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus,” beritahu beliau. – KOSMO!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

15 thoughts on “Edisi Muntah Kuning – Air Kencing Sendiri Sebagai Minuman Kegemaran”

  1. Daxx says:

    ini barula dikatakan kitar semula. hahahahaha!
    Daxx recently posted…Budak Mati Tercekik Akibat Makan Buah PlumMy Profile

    1. kucinghitam says:

      agak2 la kitar semula xsanggup nak mikior kan deme
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

      1. ini dah gila namanya… arggghhh… kitar semula kelaut.
        Carlos Santiago recently posted…BAN Kreatif – Menno Aden Bersama Seni SnapShot Yang Superb!My Profile

  2. Daxx says:

    Tapi tetap YUCKKKKKKKKK! Bau air kencing pun dah geli, inikan lagi minum. Dah la air kencing panas semula jadi. Haha
    Daxx recently posted…Apakah Itu Pokok Plum?My Profile

    1. kucinghitam says:

      hahaha mat salleh nie mmg pelik2 tp nak bersih2 tp sendiri pngotoq
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. kucinghitam says:

    klo kencing tu leh cure barah sanggup x korang bt macam minah nie hahaha
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. Baik pulak dia x tuko jadik badang ek?? lol kbai >..<

  5. erk pelik betei dia ni… ==

  6. kembang tekak aku tgk đŸ˜›

  7. aku rasa klw sapa2 nak diet elok la tgk dia ni punya air kencing waktu korang makan harus tak lalu hahahah

  8. Mallihah says:

    Agak menjijikkan yaaaa -.-
    Mallihah recently posted…Love Segmen by Farra & AnisMy Profile

  9. Mallihah bukan agak mmg pengotor… ==’

  10. Mawardiyunus says:

    hHAAHHAHA patut la muka dia tegang je. ada rahsia rupanya agagagag
    Mawardiyunus recently posted…Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak PutusMy Profile

  11. syeela says:

    “Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon ” hahahahah nk mampos

  12. ika says:

    Geli nye…yg palung tak thn air kencing buat minyak n untuk gosok gigi. takkan tal bau??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge