Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1MALAYSIA

Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1MALAYSIA

Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1MALAYSIA | Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada 100,000 isi rumah. Agihan adalah berdasarkan “permohonan awal didahulukan”. Permohonan masih dibuka sehingga 31 Disember 2014 atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Melalui Skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia. Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.

Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1MALAYSIA

KELAYAKAN

– Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
– Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
– Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
– Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
– Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti:

  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar

– Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
– Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
– Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

  • Bumiputera – 50%;
  • Cina – 30%
  • India – 15%; dan
  • Lain-lain – 5%

– Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
– Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

PERMOHONAN

1. Pemohon yang berminat mestilah mengisi borang SARA 1Malaysia (klik disini).
2. Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah diserahkan kepada:

Unit Projek Khas – SARA 1Malaysia
Tingkat 28, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

3. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak SARA 1Malaysia/bank.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai skim ini, layari laman web rasmi SARA 1Malaysia DI SINI

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments