Derma Buah Pinggang Sebagai Tanda Bertaubat

Derma Buah Pinggang Sebagai Tanda Bertaubat

Derma Buah Pinggang Sebagai Tanda Bertaubat | Menebus dosa lalu. Itu yang dilakukan seorang bekas seorang samseng yang menderma buah pinggangnya kepada seorang ibu beranak tiga, bagi membersihkan dosa silam.

Peter Farrell, 42, mengaku sehingga kini dia masih dihantui dengan perbuatan silam yang memukul orang yang berhutang dengannya dan memeras ugut.

Dia yang kini insaf telah mengambil langkah pertama dengan menderma buah pinggang kepada Saira Khan, 41 tahun.

Pembedahan itu dijalankan bulan lepas.

Farrell memberitahu dia mahu melakukan sesuatu yang baik dan juga sebagai memenuhi permintaan neneknya supaya bertaubat.

Jelas Farrell, dengan menderma buah pinggang juga, ia mendekatkan dirinya dengan keluarga sekaligus membuatkan mereka bangga dengannya.

Dalam pada itu, Khan yang menderita penyakit kegagalan buah pinggang berkata, dia telah mencari penderma sejak 2011dan turut membuat iklan mencari penderma.

Semua anggota keluarganya termasuk suami Khan iaitu Omar telah diuji untuk menderma buah pinggang, namun gagal kerana tidak sepadan.

Sehinggalah dia menemui Farrell dan lelaki itu merupakan individu pertama di Britain yang menderma organ pada orang luar. – MyNewsHub

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments