Demi Cinta Lelaki Peluk Mayat Kekasih Tanpa Kepala

Demi Cinta Lelaki Peluk Mayat Kekasih Tanpa Kepala. Demi cinta, seorang lelaki memeluk erat mayat kekasihnya yang putus kepala selepas kemalangan

Demi Cinta Lelaki Peluk Mayat Kekasih Tanpa Kepala | Memilukan! Demi cinta, seorang lelaki memeluk erat mayat kekasihnya yang putus kepala selepas mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Meranek, di sini tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Ninie Asmida Hasbi, 20, membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh pula oleh sebuah motosikal.

Motosikal terbabit dipercayai menggilis badan gadis itu menyebabkan kepala mangsa terputus. Teman lelakinya memeluk erat mayat sebelum menutup bahagian kepala yang terputus dengan bajunya. – BH

Dari Sumber myMetroKepala tertinggal di lokasi nahas

Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang.

Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments