Datuk Fauzi Shaari Bekas Pengarah JSJ Meninggal Dunia

Datuk-Fauzi-Shaari.jpg

Datuk Fauzi Shaari Bekas Pengarah JSJ Meninggal Dunia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terkejut Dr Fuh dengan berita pemergian Datuk Fauzi Shaari iaitu bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Bernama.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. – Bernama

Datuk Fauzi Shaari Bekas Pengarah JSJ Meninggal Dunia. Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang

Tinggal Kenangan – gambar Datuk Fauzi bersama ayah Dr Fuh semasa perjumpaan keluarga beberapa tahun lalu

Takziah Dr Fuh dan keluarga ucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Fauzi Shaari. Jasa beliau hanya Allah yang mampu membalasnya. Al-Fatihah.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Datuk Fauzi Shaari Bekas Pengarah JSJ Meninggal Dunia”

  1. kucinghitam says:

    innalillah buat keluarga arwah takziah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge