Datuk DItipu Hidup-Hidup Oleh Sindiket Pelaburan

Datuk DItipu Hidup-Hidup Oleh Sindiket Pelaburan. Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang

Datuk DItipu Hidup-Hidup Oleh Sindiket Pelaburan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Seperti yang kita ketahui, sekarang ni sindiket penipuan tumbuh bak cendawan lepas hujan. Dari sekecil-kecil sindiket hinggalah sebesar-besar sindiket seperti sindiket pelaburan. Begitulah juga dengan nasib seorang Datuk yang telah ditipu hiduphidup oleh sindiket pelaburan luar negara.

“Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas tersadai selama tiga minggu di Amsterdam,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di luar negara.

Menurutnya, sebelum sedar ditipu ejen pelaburan yang juga ‘rakan kongsi’ barunya di negara berkenaan dia sudah membelanjakan wang simpanannya berjumlah RM500,000.

Menceritakan pengalamannya ditipu ejen itu, Zaidi berkata, dia ditinggalkan bersendirian di Amsterdam oleh ejen pelaburan terbabit yang mengarahkan menunggunya mengambil dokumen sulit yang didakwa ada di Hong Kong bagi melengkapkan proses pengeluaran wang itu.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dimaklumkan transaksi yang ingin dibuat bukan di bank sebaliknya sebuah syarikat insurans, dia mula sedar ditipu lelaki terbabit yang dikenalinya menerusi seorang rakan di Malaysia sekitar September lalu. – myMetro

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments