Dapatkah Pelat Dipulihkan?

Dapatkah Pelat Dipulihkan? | Menurut Dewan Bahasa, pelat bermaksud kurang betul mengucapkan kata-kata atau telor. . Antara lirik lagu Aku Pelat

Dapatkah Pelat Dipulihkan? | Menurut Dewan Bahasa, pelat bermaksud kurang betul mengucapkan kata-kata atau telor. [SUMBER]. Antara lirik lagu Aku Pelat “Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu, Lidah ku panjang berpintal-pintal, Bicara ku melulu selalu terburu, Lidah ku tebal bagai kepala di bantal”

Soalan:
Lidah saya boleh dikatakan tebal dan pendek.  Oleh kerana itu saya tidak dapat menggetarkan lidah yang mana ia sekali gus membuatkan saya menjadi pelat. Apakah ada penyelesaian untuk keadaan ini? Setiap hari saya berlatih untuk membuatkan lidah saya bergetar namun tiada sebarang kemajuan.
Terima kasih.

Riana, 16 tahun. 

Jawapan:

Hai Riana,
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments