Dapat Kejutan Harijadi Dari 20 ‘Samseng Taik Kucing’

KL-Gangster-2.jpg

Dapat Kejutan Harijadi Dari 20 ‘Samseng Taik Kucing’ | Samseng taik kucing?hahaha saja Dr Fuh nak gelarkan deorang ni samseng tai kucing sebab tak gentleman langsung 20 orang serang seorang lelaki tua berumur 50-an. Macam-macam sekarang ni. Takyah tengok negara luar la, dekat Malaysia cukup dah. Manusia tak takut langsung nak buat jenayah. Ikuti laporan penuh dari Harian Metro.

Dapat Kejutan Harijadi Dari 20 ‘Samseng Taik Kucing’

Banting: Seorang lelaki menerima ‘kejutan’ hari jadi yang tidak mungkin dilupakan apabila dia menerima kunjungan kira-kira 20 lelaki yang mengamuk hingga hampir meragut nyawanya dalam satu serangan ala kongsi gelap di sebuah kawasan perumahan di Telok Panglima Garang, di sini, Isnin lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 50 tahun cedera di muka dan mata manakala seorang lagi lelaki dipercayai seorang daripada kumpulan penyerang berkenaan kini masih bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, polis bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan adalah seorang daripada 20 lelaki yang datang ke rumah mangsa untuk menyerangnya.

“Susulan kejadian itu, kita menghantar semua mangsa untuk menerima rawatan sementara gerakan mencari suspek lain yang terbabit dalam kejadian itu turut dijalankan.

“Hasilnya, kita menahan enam lelaki berusia antara 22 hingga 27 tahun di sekitar kawasan berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi dan kita sedang mencari beberapa individu lain yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian dan hubungan mangsa dengan lelaki terbabit masih dalam siasatan,” katanya. – myMetro

Dr Fuh – Ceh, samseng konon. At last ahli kumpulan dia sendiri yang kena teruk. Tapi yang peliknya macam mana 20 lawan 1 tapi ahli kumplan ‘samseng taik kucing’ 20 orang tu yang cedera teruk? jeng jeng jeng..apa kata anda???

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Dapat Kejutan Harijadi Dari 20 ‘Samseng Taik Kucing’”

  1. Manalah kesabaran manusia sekarang ni.. scarynyaa kalau jadi cenggini di depan mata
    Ainaa Roseberry recently posted…MENCARI BLOGGER NAK IFTAR BERSAMAMy Profile

  2. 20 lawan 1 dah macam cerita filem tamil..
    lekatlekitgurl recently posted…CERITA DALAM KAIN PEREMPUAN.. PAD HERBA SERBAGUNAMy Profile

  3. MawardiYunus says:

    dah mcm dalam citer drama plak kan
    MawardiYunus recently posted…Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar | LOGO HALAL MALAYSIAMy Profile

  4. Atiqa anuar says:

    hope dorang ni insaf. berkuasa kat dunia bukan segala galanya.. 🙂
    Atiqa anuar recently posted…Tahniah, keputusan upu degree dah keluar!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge